awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muay Thai: Johan Ghazali fikir nak menang, bukan ganjaran

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2024
11:40 MYT
Muay Thai: Johan Ghazali fikir nak menang, bukan ganjaran
Jojo akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand, Sabtu ini. - Gambar fail
JAGUH Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menegaskan wang ringgit bukan motivasi utamanya setiap kali beraksi di gelanggang.

Ringkasan AI
  • Johan Ghazali Zulfikar bertarung demi legasinya dan untuk mengharumkan nama Malaysia, bukan kerana wang.
  • Johan akan bertarung dengan juara WMF Muay Thai lima kali, Nguyen Tran Duy Nhat, pada Sabtu ini di Bangkok.
  • Johan pernah menumbangkan juara WBC Mexico, Edgar Tabares, dalam 36 saat dan merupakan atlet termuda mendapat kontrak One Championship bernilai AS$100,000.

Sebaliknya, Johan yang mesra disapa Jojo menegaskan dia bertarung demi legasinya dalam sukan itu selain mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Johan, 18, yang baharu sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu kembali ke gelanggang One Championship pada Sabtu ini.
Bintang muda yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Pertarungan kali ini menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68) kepada pemenang andai melepasi syarat ditetapkan.
“Saya tidak menjadikan wang sebagai motivasi utama kerana saya memang suka bertarung dan mahu buat Malaysia bangga.
“Kalau dapat ganjaran, saya anggap itu sebagai bonus,” katanya ketika sesi bersama media secara atas talian pada Isnin.
Mengulas pertarungan dengan Tran Duy, Johan berkata: “Rasanya Tran Duy adalah lawan yang paling sukar sejak dalam bidang Muay Thai. Dia berpengalaman dan dia juga sudah lama dalam arena ini tapi saya sudah bersedia untuk berdepannya.”
Untuk rekod, kali terakhir Johan bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.
Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak One Championship bernilai AS$100,000 (RM463,300). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jojo
#Johan Ghazali
#ONE Championship
#keputusan spm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan