KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berada dalam landasan tepat untuk merekodkan masa 6.50 saat (s) bagi acara 60 meter (m) pada masa depan.
Keyakinan itu diungkapkan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berdasarkan momentum dimiliki jaguh pecut berusia 18 tahun itu yang mempamerkan larian menakjubkan dengan catatan 6.62s pada kejohanan Tiger Paw Invitational, Jumaat lepas sekali gus memecahkan rekod kebangsaannya sendiri.
Saingan final di Universiti Clemson, South Carolina itu menyaksikan Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatat 6.62s menamatkan saingan di tempat kelima, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 6.63s pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, bulan lepas.
Nazmizan berkata atlet dari Perak itu boleh dianggap bertuah kerana penyertaannya dalam banyak kejohanan di Amerika Syarikat secara tidak langsung dapat membantunya meningkatkan prestasi larian.
"Saya tak terkejut (catatan 6.50s) kerana Muhammad Azeem dah ada momentum serta tahap keyakinannya semakin tinggi selepas pecah rekod kebangsaan dalam masa dua minggu di Amerika Syarikat.
"Di Amerika Syarikat, sistem pertandingan mereka banyak dan hampir setiap minggu ada, jadi ini peluangnya untuk perbaiki kelemahan dan gilap lariannya lebih baik lagi," katanya kepada Bernama.
Memandangkan Muhammad Azeem telah menghasilkan pencapaian membanggakan baru-baru ini, Nazmizan berkata semua peminat sukan tanah air pastinya ternanti-nanti sama ada juara Sukan Malaysia ke-20 itu mampu memecahkan rekod kebangsaan 100m miliknya sendiri selepas ini.
Bagaimanapun, pensyarah di Universiti Malaysia Perlis itu berharap agar semua pihak tidak meletakkan tekanan tinggi kepada Muhammad Azeem dan sebaliknya menuntut mereka memberi kepercayaan penuh kepada pelari tersebut dalam usahanya mencipta nama dalam acara pecut di peringkat dunia.
"Untuk pecah rekod kebangsaan, kita jangan bagi tekanan dan biar beliau tentukan. Beliau akan duduk dalam tempoh lama di US namun jika berjaya pecah rekod kebangsaan 100m pada tahun pertamanya di sana saya anggap sebagai pencapaian luar biasa baginya," katanya.
Ogos lepas, Muhammad Azeem memecahkan rekod kebangsaan 100m milik juara Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan dengan 10.18s menerusi catatan 10.09s ketika mengungguli saringan lapan, pusingan kelayakan di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia.
Juara Sukan SEA 2003 itu pada masa sama optimis sentuhan ketua jurulatih trek dan balapan Universiti Auburn, Leroy Burrell selain pengalaman bersaing bersama pelari handal di negara 'Uncle Sam' itu mampu melonjakkan prestasi Muhammad Azeem tidak lama lagi.
"Saya harap Muhammad Azeem dapat kekalkan momentum, jaga disiplin, nikmati perlumbaan dan fokus menjadi pelari Malaysia pertama melakukan catatan di bawah 10s," katanya.
Muhammad Azeem tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Jan lepas, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Nazmizan (kanan) menyifatkan Muhammad Azeem bertuah kerana penyertaannya dalam kejohanan di Amerika Syarikat dapat membantunya meningkatkan prestasi larian. - Instagram
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Hannah percaya Azeem mampu bangkit tebus kekecewaan di Olimpik Paris
Hannah berkata tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berlari dalam acara 100m di Sukan Olimpik, dan Muhammad Azeem seharusnya berbangga dengan pencapaian itu.
Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?
Kedua-dua mereka masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi, Shereen tempah slot final acara 100m, 400m Terbuka Kazakhstan
Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka.
Muhammad Azeem lakukan ‘false start’ di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia mencipta kejutan apabila penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan kerana 'false start' atau salah mula.
Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.
DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM1.19 billion
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 yang memperuntukkan RM1.19 billion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.
Jelajah Benua Olahraga Dunia: Azeem bakal beraksi di Jepun?
Azeem menjadi perhatian susulan penamat sukar dalam saingan 200 meter Sukma yang dimenangi pelari pecut Johor, Muhammad Arsyad.
Muhammad Azeem raih tempat kelima di Cali
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima dengan catatan masa 10.14s.
Perbincangan destinasi pengajian Muhammad Azeem dalam masa terdekat
Selain Muhammad Azeem, perbincangan tersebut turut melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa atlet berusia 18 tahun itu dan jurulatihnya.