HANOI: Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan pada saringan kedua acara 100m di Stadium Nasional My Dinh di sini.
Atlet berusia 18 tahun itu tidak dibenarkan untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan dan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.
Ketua jurulatih olahraga kebangsaan Manshahar Abdul Jalil berkata beliau telah mengambil inisitiaf untuk melakukan protes bertulis ke atas pembatalan Muhammad Azeem dengan meminta pengadil dan pegawai teknikal (TD) memberikan penjelasan dan laporan peralatan teknikal.
"Setelah dijelaskan oleh referee dan TD, bukti menunjukkan Azeem bertindak lebih awal dengan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol. Tiada apa-apa kontroversi, Azeem juga telah melihat bukti tersebut.
"Apa yang penting sekarang ialah Azeem tidak putus asa, beliau masih muda, tadi saya minta para jurulatih untuk tenangkannya," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau turut berharap pada edisi Sukan SEA Kemboja tahun depan dan edisi-edisi akan datang, Muhammad Azeem akan membuktikan bahawa dia adalah atlet pecut terbaik negara.
Sementara itu, Muhammad Azeem yang sangat kecewa kerana tidak dapat mara ke final pada penampilan pertamanya di temasya dwitahunan itu, berjanji untuk kembali lebih kuat pada masa akan datang.
"Saya rasa ia tak patut berlaku, mungkin bukan rezeki saya untuk Sukan SEA kali ini. Matlamat saya adalah untuk layak ke final, tapi semuanya bukan hari ini... satu hari nanti saya akan kembali," katanya.
Sementara itu, seorang lagi atlet pecut negara Muhammad Arsyad Md Saat mengalami kecederaan pangkal paha ketika saringan pertama acara itu dan menamatkan saingan pada kedudukan keenam dengan catatan 10.69s.
Dalam pada itu, pelari muda berusia 16 tahun yang digelar 'Thai Wonderkid' Puripol Boonson muncul Juara Pecut Asia Tenggara dengan catatan 10.44 saat (s), manakala rakan sepasukannya Soraoat Dapbang (10.56s) meraih perak dan Marc Brian Louis dari Singapura membawa pulang gangsa (10.56s) berdasarkan 'photo finish'.
Malaysia mengungguli acara riben biru itu bagi dua edisi sebelum ini menerusi Khairul Hafiz Jantan pada 2017 di Kuala Lumpur dan Muhammad Haiqal Hanafi di Filipina pada 2019.
Sementara itu dalam acara 100m wanita menyaksikan dua wakil negara menduduki dua tempat terakhir, dengan Azreen Nabila Alias (11.99s) menamatkan larian di tempat ketujuh, manakala Zaidatul Husniah Zulkifli (12.11s) di tempat kelapan.
Kayla Anise Richardson (11.60s) dari Filipina muncul juara, manakala wakil Singapura Veronica Shanti Pereira (11.62s) dan Supanich Poolkerd (11.66s) dari Thailand masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Atlet berusia 18 tahun itu tidak dibenarkan untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan. - Gambar/ Bernama
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.