SEPANG: Selepas melayakkan diri secara tidak rasmi ke Sukan Paralimpik Paris 2024, atlet lompat jauh negara Muhammad Nazmi Nasri kini memasang impian untuk melebur rekod peribadinya 6.13 meter (m) yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia Kobe 2024, di temasya empat tahun sekali itu.
Muhammad Nazmi, 21, yang beraksi dalam acara lompat jauh T37 (kecacatan fizikal) berkata kejayaan menggenggam emas kali pertama di pentas antarabangsa itu pasti mendorongnya untuk terus bersemangat menabur bakti buat Malaysia.
"Penyertaan di Jepun merupakan pentas antarabangsa kedua selepas Sukan Para ASEAN (APG) Kemboja, insya-Allah di Paralimpik saya akan berusaha untuk dapat pingat tapi kalau berada dalam kelompok tiga terbaik pun okay.
"...kalau diberi rezeki di Paralimpik, saya mahu letakkan sasaran 6.2m ke atas. Saya rasa kebanyakan lawan di Paris sama seperti di Jepun tapi pastinya perlu perbaiki beberapa perkara," katanya kepada pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang semalam.
Muhammad Nazmi tiba bersama skuad olahraga para negara yang menamatkan saingan Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun dari 12-25 Mei, dengan membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Muhammad Nazmi memenangi pingat emas acara lompat jauh T37 (kecacatan fizikal) lelaki dengan catatan 6.13m, manakala pingat perak dan gangsa masing-masing diraih Konstantinos Kamaras dari Greece (6.01m) dan Mateus Evangelista Cardoso dari Brazil (6.01m).
Sementara itu, jurulatihnya Eryanto Bahtiar berkata Muhammad Nazmi layak membawa pulang emas di pentas dunia itu memandangkan atlet kelahiran Johor itu seorang yang dedikasi, berdisiplin dan mendengar setiap nasihat yang diberi.
"Saya baru latih dia dalam setahun lebih. Kejohanan di Jepun memang sudah pasti dia boleh lompat lebih 6m, namun tak sangka dia bawak balik emas sebab secara peribadi saya jangka dia dapat perak.
"Memang perasaan sangat seronok sebab dia menang dan layak ke Paralimpik Paris. Dia atlet baru jadi saya tidak mahu letakkan sasaran tapi tetap akan rangka pelan terbaik untuk dia ke sana (Paris)," katanya yang merasakan sasaran 6.2m ke atas adalah relevan berdasarkan keadaan semasa atlet berkenaan.
Malah Eryanto merasakan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara (ISN) juga perlu diberikan penghargaan atas segala usaha serta bantuan yang disalurkan kepada Muhammad Nazmi sepanjang persediaan ke kejohanan berkenaan.
"...untuk kekuatan dan kecergasan dia, saya guna khidmat ISN tapi paling penting untuk Muhammad Nazmi adalah biomekanik. Sebagai jurulatih, kita ada mata namun kesilapan kecil yang dia buat kita tak boleh nampak dengan mata kasar (jadi memang guna bantuan ISN)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Muhammad Nazmi yang menamatkan saingan Kejohanan Olahraga Para Dunia Kobe 2024 dengan tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa ditemui media ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang semalam. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhammad Nazmi mahu 'pulun' awal ke LA28
Biarpun kecewa pulang dengan tangan kosong pada penampilan pertamanya, Nazmi berkata beliau tidak akan mensia-siakan masa yang ada untuk merealisasikan impian seterusnya.
Muhammad Nazmi mahu lebur rekod peribadi di Paris
Kejayaan menggenggam emas kali pertama di pentas antarabangsa itu mendorongnya untuk terus bersemangat menabur bakti buat Malaysia.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.