NILAI: Atlet berbasikal trek muda negara Muhammad Ridwan Sahrom merangkul pingat emas kedua peribadi selepas mengungguli final 1 kilometer (km) ujian masa lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional di sini hari ini.
Pelumba berusia 23 tahun itu yang membantu Johor memenangi emas acara pecut berpasukan Isnin lepas, berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan catatan terpantas 1 minit 01.529 saat (s) untuk menewaskan dua pencabarnya.
Pingat perak dimenangi pelumba dari Melaka Muhammad Hafiq Mohd Jafri dengan masa 1:04.079s sementara wakil Buceros Cycling Team Ahmad Safwan Ahmad Nazeri yang merekodkan 1:04.167s terpaksa berpuas hati dengan gangsa.
Pada kejohanan itu Muhammad Ridwan turut membawa pulang satu perak dan gangsa masing-masing bagi acara pecut dan keirin lelaki elit, selain memperbaharui dua catatan peribadi terbaik dalam acara pecut dan 1km ujian masa.
"Pencapaian ini berkat sokongan semua, terutama jurulatih saya yang sentiasa memberi sesuatu yang positif untuk saya berlumba. Dua hari lepas semasa acara pecut, kaki saya rasa tak berapa okey tapi saya ketepikan masalah itu untuk kayuh hingga ke penghujung kejohanan.
"Semalam pun saya rasa waswas untuk berlumba pada hari ini tetapi saya tetap teruskan dan tak sangka dapat emas hari ini," katanya yang melakar masa 9.929s dalam acara pecut untuk memadam catatan peribadi terbaik terdahulu.
Sementara itu, bintang muda Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terus cemerlang apabila mendominasi saingan final 500m ujian masa wanita elit selepas mencatat masa 34.254s meninggalkan Yong Ann Tun dari Selangor A di tempat kedua (36.006s) dan Nurul Aliana Syafika Azizan dari Pulau Pinang ketiga (36.097s).
Kejayaan tersebut menambah koleksi emas pelumba berusia 20 tahun itu yang bakal membuat debut di Sukan Olimpik di Paris pada Julai depan, selepas terdahulu turut memenangi emas dalam acara keirin, pecut dan pecut berpasukan.
"Secara keseluruhan saingan di sini agak mencabar dan banyak lagi yang saya pun perlu perbaiki terutama dari segi taktik serta teknik bagi kedua-dua acara keirin dan pecut kerana saya akan beraksi bagi acara tersebut di Olimpik, jadi saya akan fokus dua acara itu (hingga ke Paris)," kata altet yang mewakili negeri kelahirannya, Kedah di sini.
Nurul Izzah bersama pemenang pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo 2020 Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom merupakan pelumba berbasikal trek negara yang layak secara merit ke Olimpik Paris.
Dalam pada itu, atlet Kuala Lumpur Newjoe Lau dan Yeong Zhen Yi masing-masing memenangi emas acara kejar mengejar individu lelaki dan wanita elit selepas mengenepikan lawan masing-masing di final.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Pelumba Johor Muhammad Ridwan Sahrom (tengah) meraikan kemenangan dengan memperoleh pingat Emas bagi acara Men Elite 1KM Time Trial pada Kejohanan Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.
Kim Jong Un: Siap sedia perang keutamaan utama
Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Astro One: Tawaran eksklusif untuk penjawat awam, jimat hingga RM960
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.
[TERKINI] Putin, Anwar bakal bincang perkukuh hubungan
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual berbincang bagi mengukuhkan hubungan dua hala, meliputi isu politik, perdagangan serta kerjasama antarabangsa melalui BRICS, ASEAN dan OIC.
Kenderaan Berat terus ‘makan nyawa’- rapuhkah penguatkuasaan undang-undang?
Sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas tragis di Teluk Intan, sekali lagi mencetus persoalan: sejauh mana selamatnya jalan raya kita daripada kenderaan berat yang cuai atau uzur? Buletin AWANI 12 tengah hari bersama Tan Sri Lee Lam Thye mengupas isu penguatkuasaan, penyelenggaraan, dan nyawa yang terus menjadi taruhan.
[TERKINI] Pemandu lori batu kerikil direman empat hari
Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini. Bakri ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori kejar trip, laluan sempit undang risiko bahaya - Penduduk
Keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat dipercayai antara faktor sering berlaku kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini.

Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.

Muhammad Ridwan sambar emas peribadi kedua, Nurul Izzah terus cemerlang
Pelumba berusia 21 tahun itu berada dalam kelas tersendiri selepas merekodkan catatan terpantas 1 minit 01.529 saat (s) untuk menewaskan dua pencabarnya.

Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan.

Muhammad Ridwan, Nurul Izzah tewas dalam saingan masing-masing di Track Nations Cup UCI 2024
Muhammad Ridwan Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pamer aksi mengecewakan dalam kempen Track Nations Cup UCI 2024 di Milton, Kanada.