awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut, tidak sertai skuad B-22 di Singapura

Bernama
Bernama
22/03/2023
14:17 MYT
Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut, tidak sertai skuad B-22 di Singapura
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi mengalami jangkitan kuman dalam perut yang memaksanya menjalani rawatan. - Foto BERNAMA/fail
PETALING JAYA: Pemain tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,tidak akan menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini.
Pengendali skuad Harimau Muda, E. Elavarasan, berkata pemain berusia 21 tahun itu mengalami jangkitan kuman dalam perut yang memaksanya menjalani rawatan.
"Dia tidak dalam keadaan baik, malah doktor sudah menasihatkannya supya jangan bermain dan perlu pulih...jadi saya fikir lebih baik untuk dia pulih,," katanya kepada pemberita ketika sesi latihan terakhir menjelang Piala Merlion 2023 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM ) di sini, hari ini.
Skuad B-22 bakal berlepas ke Singapura esok dan dijadual menentang Kemboja di Stadium Jalan Besar Singapura, Jumaat ini.
Dalam pada itu, pemain tengah skuad muda negara, Mohd Aiman Afif Md Afizul, mengakui terkesan tanpa penampilan Mukhairi dalam kejohanan berprestij itu.
"Tetapi kami pemain yang ada ini akan berikan terbaik untuk perlawanan nanti, kita cuba menang dalam Piala Merlion," katanya.
Sementara itu, mengenai persiapan ke Sukan SEA, Kemboja yang akan bermula Mei ini, Elavarasan berkata Piala Merlion 2023 bakal dijadikan medan untuk beliau memastikan barisan skuad kebangsaan yang terbaik.
Katanya, kem latihan skuad Harimau Muda itu bakal bersambung bulan depan sebagai persiapan untuk temasya dwitahunan berkenaan.
Selain tuan rumah Singapura, Piala Merlion disertai oleh Malaysia, Kong Kong dan Kemboja.
Kali terkahir Piala Merlion dianjurkan pada 2019 dengan Singapura, yang dibimbing Fandi Ahmad, muncul juara kejohanan empat negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau muda
#Selangor FC
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan