awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMK integrasi AI dalam pendidikan tinggi tanpa abaikan nilai kemanusiaan
KADA sumbang 9.5 peratus beras putih negara tahun lepas
Thaipusam: Kawalan kebersihan, keselamatan di Batu Caves diperketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamad, tiada u-turn - Hasnul Zulkarnain

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/11/2018
12:53 MYT
Muktamad, tiada u-turn - Hasnul Zulkarnain
HASNUL ZULKARNAIN: kalau saya kembali semula, ia akan menimbulkan isu lama, jadi ia akan menyebabkan fokus Jawatankuasa Eksekutif PAFA agak terganggu. -Gambar fail
Walaupun diberi tempoh 14 hari untuk memikirkan semula keputusan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata keputusan beliau adalah muktamad.
“Muktamad, tiada u-turn,” katanya kepada media ketika ditemui dalam majlis penyerahan watikah pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perak, di sini, hari ini.
Minggu lalu, Jawatankuasa Eksekutif PAFA yang bermesyuarat sebulat suara menolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain dan memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk mempertimbangkan semula keputusannya.
Hasnul berkata beliau tetap dengan keputusan awal susulan nasihat daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya tidak mempolitikkan PAFA dan bola sepak.
Di samping itu, katanya, keputusan beliau juga demi untuk PAFA dan pembangunan bola sepak Perak supaya dapat diuruskan dengan baik tanpa sebarang isu.
“Barangkali kalau saya kembali semula, ia akan menimbulkan isu lama, jadi ia akan menyebabkan fokus Jawatankuasa Eksekutif PAFA agak terganggu.
“Jadi itulah sebab saya menetapkan keputusan saya dan seperti dimaklumkan dahulu, saya hendak beri tumpuan kepada tugas-tugas sebagai exco kerajaan negeri dan ahli politik,” ujarnya.
Hasnul berkata beliau telah memaklumkan keputusannya itu secara lisan kepada pihak PAFA pada Selasa lalu dan akan menyusul dengan secara bertulis dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Hasnul Zulkarnain
#PAFA
#peletakan jawatan
#Persatuan Bola Sepak Perak
#u-turn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan