awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muller cipta hatrik, puji aksi Ulreich

Astro Arena
Astro Arena
18/04/2018
02:31 MYT
Muller cipta hatrik, puji aksi Ulreich
Sven Ulreich. Foto Astro ARENA
BAYER LEVERKUSEN 2 BAYERN MUNICH 6
Thomas Muller menjaringkan gol hatrik ketika Bayern Munich menumpaskan Bayer Leverkusen 6-2 untuk mara ke final DFB-Pokal di BayArena awal hari ini, namun dia pantas memuji prestasi penjaga gol, Sven Ulreich.
Bayern tidak dapat dikekang apabila mendapat sepasang gol dalam tempoh sembilan minit pertama menerusi Robert Lewandowski.
Lars Bender menyudahkan satu gol tidak lama selepas itu, namun Leverkusen hilang arah selepas rehat apabila Bayern memperoleh empat gol hasil hatrik Muller, serangan bersendirian Thiago Alcantara dan sepakan percuma Leon Bailey.
Tetapi situasi mungkin berbeza jika Ulreich -- yang menikmati musim baik ketika menggantikan Manuel Neuer yang cedera -- tidak dapat menyelamatkan gol ketika kedudukan 2-1.
"Terdapat fasa di mana perlawanan itu terbuka," kata Muller kepada Sky Sports Deutschland. "Kemudian Ulle (Ulreich) tampil dua kali.
"Dia sangat baik dan sering digelar Pemain Terbaik Tahunan, kerana dia sering membuat kami kekal dalam saingan perlawanan.
"Dia melakukan perkara yang bukan dilakukan penjaga gol biasa dari pasukan ABC, jadi kami perlu mengucapkan terima kasih."
Jurulatih, Jupp Heynckes, juga menonjolkan kepentingan Ulreich walaupun dia memberi tumpuan kepada prestasi terbaik pasukan.
"Semua dalam pasukan memberikan prestasi cemerlang menentang lawan yang hebat," kata Heynckes kepada pemberita.
"Kami benar-benar bermotivasi dan memberi tumpuan kepada perlawan ini -- kami benar-benar mahu pergi ke Berlin. Pasukan saya sangat berpengalaman dan bijak, mereka sentiasa mampu menjaringkan gol.
"Kami telah melakukan tugas dengan hebat, kami adalah pasukan yang dominan, walaupun Sven Ulreich menyelamatkan kami beberapa kali."
Topic Berkaitan
#Bayer Leverkusen
#Bayern Munich
#gol hatrik
#Jupp Heynckes
#Sven Ulreic
#Thomas Muller
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan