SUKAN
Nafuzi gesa pemain bagi aksi terbaik untuk layak ke Piala Asia B-23

Nafuzi berharap pemain-pemain yang disenaraikan, dapat memberikan aksi yang cemerlang untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara, Nafuzi Zain mengakui barisan pemain yang dipanggil bagi Kelayakan Piala Asia B-23 2026 pada Rabu ini, mampu untuk menghasilkan keputusan positif di kejohanan berkenaan.
Ringkasan AI
- Jurulatih B-23, Nafuzi Zain yakin skuad yang dipanggil mampu capai keputusan positif dalam Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan berharap mereka mara ke pusingan akhir di Arab Saudi.
- Pemain menunjukkan tahap fizikal dan kecergasan terbaik, termasuk penyerang Fergus Tierney yang yakin dapat menyesuaikan diri selepas komitmen bersama Sabah FC.
- Malaysia akan menentang Lubnan (3 Sept), Mongolia (6 Sept) dan Thailand (9 Sept); hanya 11 juara kumpulan dan 4 naib juara terbaik layak ke pusingan akhir.
"Jadi saya harap mereka akan beri sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang dipamerkan sebelum ini," katanya menerusi video yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.
Sementara itu tonggak serangan Harimau Muda Fergus Tierney yang melapor diri lewat bersama skuad B-23, susulan komitmennya bersama pasukan Sabah FC mengakui tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri bersama pasukan.
Beliau berkata dirinya teruja dan untuk beraksi bersama pasukan negara di kejohanan tersebut, sambil berharap mampu membantu pasukan Malaysia menghasilkan keputusan yang positif.
"Sekarang saya berada pada keadaan yang baik. So sekarang saya rasa fit dan bersedia untuk bermain," katanya.
Malaysia akan memulakan kempen kelayakan menentang Lubnan pada Rabu, diikuti Mongolia (Sabtu) dan menutup saingan kumpulan menentang tuan rumah Thailand pada 9 Sept.
Hanya sebelas juara kumpulan dan empat naib juara terbaik layak ke pusingan akhir di Arab Saudi, Januari depan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia B-23 ialah pada 2024 di Qatar dengan pencapaian terbaik negara di kejohanan itu ialah mara ke suku akhir pada edisi 2018 di China.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami