awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke 222 Parlimen
Bayaran balik cukai 2025 catat bayaran tambahan RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion diumum sebelum ini
Rampas aset Rusia adalah "tindakan perang" - PM Belgium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafuzi persiap strategi ampuh hadapi Indonesia

Bernama
Bernama
18/07/2025
22:30 MYT
Nafuzi persiap strategi ampuh hadapi Indonesia
Menurut Nafuzi (kiri), fokus kini tertumpu sepenuhnya kepada membina strategi ampuh dan mempersiap pemain dari segi mental dan fizikal menjelang aksi penentu Kumpulan A itu. - Gambar Bernama
JAKARTA: Berbekalkan momentum daripada kemenangan besar 7-1 ke atas Brunei hari ini, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara tidak berlengah dalam mengatur percaturan untuk menghadapi cabaran lebih getir menentang Indonesia pada 21 Julai ini bagi merebut tempat ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-23.
Ketua jurulatih, Nafuzi Zain berkata, fokus kini tertumpu sepenuhnya kepada membina strategi ampuh dan mempersiap pemain dari segi mental dan fizikal menjelang aksi penentu Kumpulan A itu.
"Perlawanan menentang Indonesia adalah cabaran terbesar. Tetapi kita tidak akan berundur. Fokus kini adalah pada pemulihan pemain serta persiapan mental dan fizikal menjelang aksi seterusnya," katanya selepas perlawanan, di sini.
Beliau berkata, analisis terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Indonesia namun beliau tidak menafikan cabaran serta tekanan beraksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK).
Keadaan itu, katanya, memerlukan pemain melakukan persiapan diri dengan semangat juang yang tinggi bagi menyaingi sorakan padu penyokong tuan rumah dan turun dengan penuh keyakinan.
"Kita tahu penyokong Indonesia luar biasa dan sangat fanatik, tetapi pemain kita juga tidak kurang semangat juangnya. Ini masa untuk membuktikan kemampuan," tegasnya.
Sementara itu, mengulas strateginya menukar kesebelasan utama menentang Brunei, pada Jumaat, katanya, hal itu dilakukan berikutan masalah kecederaan pemain selain bertujuan memberi peluang kepada pemain lain untuk mendapatkan pengalaman.
Pemain terbaik perlawanan semalam, Muhammad Haqimi Azim Rosli yang menjaringkan dua gol bertekad untuk memberikan yang terbaik dan membawa momentum kemenangan itu ke aksi seterusnya.
"Saya janji akan beri 100 peratus untuk bantu pasukan mara ke separuh akhir," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejuaraan AFF B-23
#Nafuzi Zain
#skuad Malaysia
#harimau Malaya
#Gelora Bung Karno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan