awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib juara di Oman, pencapaian tertinggi hoki negara - Wallace

Bernama
Bernama
01/02/2024
01:30 MYT
Naib juara di Oman, pencapaian tertinggi hoki negara - Wallace
Wallace berharap peminat sukan tanah air terus memberikan sokongan padu kepada skuad hoki negara selepas ini biarpun kempunan meraih gelaran juara di Oman. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Kejayaan muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s selepas tunduk kepada Belanda 2-5 semalam, merupakan pencapaian tertinggi bagi sukan hoki Malaysia.
Ketua jurulatih skuad Hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan Wallace Tan berkata anak buahnya telah mengerah segala usaha pada aksi final kejohanan berlangsung di Muscat, Oman itu, namun terpaksa akur dengan kehebatan Belanda selaku juara Eropah.
"Untuk pentas Piala Dunia, ini merupakan satu pencapaian tertinggi dan terbaik untuk hoki Malaysia. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada pasukan kami," katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kepada media.
Justeru, Wallace berharap peminat sukan tanah air terus memberikan sokongan padu kepada skuad hoki negara selepas ini biarpun kempunan meraih gelaran juara di Oman.
Malaysia memulakan kempen peringkat Kumpulan D dengan keputusan seri 3-3 bersama tuan rumah, Oman sebelum mencatat dua kemenangan masing-masing mengatasi Amerika Syarikat 3-2 dan Fiji 8-3 bagi mengesahkan slot ke suku akhir.
Skuad kebangsaan yang bergelar naib juara Kumpulan D kemudian menumpaskan juara Kumpulan C Trinidad dan Tobago 5-4 di peringkat suku akhir sebelum mengesahkan kemaraan ke final dengan mengatasi Poland 4-3 pada aksi separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Piala Dunia Hoki 5s
#Wallace Tan
#Malaysia naib juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan