awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal

Astro Arena
Astro Arena
01/08/2020
04:23 MYT
Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal
Dalam musim Ligue 1 pertamanya, Osimhen menjaringan 13 gol selain melakukan empat bantuan gol daripada 27 penampilan. - Foto Astro ARENA
NAPOLI mendatangkan penyerang berprofil tinggi, Victor Osimhen, daripada Lille dengan perpindahan yang dilaporkan sebagai rekod termahal kelab itu bernilai €50 juta (RM249.7 juta) sebagai bayaran pendahuluan.
Pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi selama setahun di Perancis tetapi sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya sehingga menarik minat kelab Serie A berkenaan, di mana Napoli dilaporkan memeterai kontrak selama lima tahun dalam kesepakatan itu.
Pemain kebangsaan Nigeria itu berpindah ke Eropah pada 2017 apabila ditandatangani Wolfsburg tetapi dibenarkan untuk menyertai kelab Belgium, Charleroi, secara pinjaman dan pasukan itu kemudian membelinya secara tetap tahun lalu selepas menjaringkan 20 gol dalam musim 2018-19.
Charleroi kemudian memperoleh keuntungan segera daripada pelaburan €3.5 juta (RM17.4 juta) itu apabila Lille sanggup mengeluarkan €15 juta (RM74.9 juta) untuk membawa pemain itu ke Perancis.
Dalam musim Ligue 1 pertamanya, Osimhen menjaringan 13 gol -- jumlah yang hanya dapat diatasi Wissam Ben Yedder, Kylian Mbappe and Moussa Dembele -- selain melakukan empat bantuan gol daripada 27 penampilan.
Laporan di Itali mendakwa kesepakatan itu boleh mencecah sehingga €54 juta (RM269.7 juta), sekali gus menjadikannya sebagai pemain termahal Napoli.
Welcome Victor https://t.co/Gmi6FnvO21#WelcomeOsimhen #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/miFie1wyoO
— Official SSC Napoli (@sscnapoli) July 31, 2020
Topic Berkaitan
#bayaran pendahuluan
#berprofil tinggi
#bola sepak
#kesepakatan
#Ligue 1
#Lille
#Napoli
#Nigeria
#pemain termahal
#penyerang
#perpindahan
#Rekod
#tandatangan
#Victor Osimhen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan