awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naza beri ganjaran kediaman suite, Kia Sportage untuk pemenang pingat emas Paralimpik

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2016
10:19 MYT
Naza beri ganjaran kediaman suite, Kia Sportage untuk pemenang pingat emas Paralimpik
Kediaman suite Trion 888 di Equine Park ini bakal menjadi milik pemenang pingat emas Paralimpik 2016. - Foto Naza
Naza Corporation Holdings (Naza) mengumumkan ganjaran tambahan kepada atlet Malaysia yang meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio, iaitu seunit kediaman suite Trion 888, Equine Park selain kenderaan Kia Sportage baharu, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Mengeluarkan kenyataan itu dari Rio, Brazil hari ini, beliau berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian atlet Paralimpik negara.
“Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberi ganjaran kepada juara-juara kita dengan kediaman suite di Trion 888, Equine Park sebagai tambahan kepada Kia Sportage kepada setiap pemenang," ujar beliau.
Setakat ini, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi telah memenangi pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara 100m T36 lelaki.
Pelari pecut itu mencatat masa 12.07 saat untuk memadamkan rekod lama Paralimpik 12.25s yang dilakukan Roman Pavlyk dari Ukraine pada Sukan Paralimpik Beijing 2008.
Kejayaan Mohamad Ridzuan, 28, kemudiannya disusuli Muhamad Ziyad Zolkefli, 26, melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).
SM Nasarudin berkata kedua-dua pemenang pingat emas itu bukan sahaja memberi inspirasi kepada atlet lain, namun kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Atlet Paralimpik Malaysia telah menunjukkan kemampuan mereka walaupun berdepan kesukaran. Ini menunjukkan semangat Malaysia Boleh!," katanya.
Topic Berkaitan
#acara pecut
#atlet negara
#Mohamad Ridzuan Puzi
#Muhamad Ziyad Zolkefli
#Naza
#Paralimpik Rio
#SM Nasarudin SM Nasimuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan