awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neville laung amaran kepada Spurs

Astro Arena
Astro Arena
16/05/2017
02:34 MYT
Neville laung amaran kepada Spurs
Neville (gambar) percaya pengendali pasukan, Mauricio Pochettino adalah aset paling penting dimiliki oleh Spurs buat masa ini. - Gambar fail
SPURS menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kedua dengan menewaskan Manchester United 2-1 pada Ahad, jaringan dihasilkan oleh Kane dan Victor Wanyama menyaksikan Spurs meraih kemenangan terakhir di White Hart Lane, empat tahun selepas menjual Bale kepada Real Madrid.
Bekas bintang United, Gary Neville berpendapat Tottenham akan membuat keputusan yang salah jika menerima tawaran untuk menjual Kane atau Alli buat masa ini.
"Mereka perlu memastikan kedua-dua pemain ini tidak ke mana-mana," kata Neville.
"Alli dan Kane perlu kekal bersama kelab sekurang-kurangnya 18 bulan hingga dua tahun sebelum kembali ke White Hart Lane.
"Mereka adalah pemain-pemain utama pasukan. Walaupun mereka boleh dijual dengan nilai yang tinggi, tetapi sukar untuk mendapatkan pengganti mereka.
"Spurs telah melalui perkara ini selepas menjual Gareth Bale dan mereka memerlukan tiga atau empat tahun untuk kembali ke tahap ini.
Bagaimanapun, Neville percaya pengendali pasukan, Mauricio Pochettino adalah aset paling penting dimiliki oleh Spurs buat masa ini.
"Pochettino adalah seorang pengurus yang berkualiti. Beliau berkemampuan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Spurs."
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Neville
#Spurs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan