SETIAP kali Piala Dunia bermula pastinya tumpuan terarah kepada dua seteru pasukan iaitu Brazil dan Argentina. Seteru antara kedua-dua pasukan ini telah berlangsung lebih 100 tahun iaitu bermula pada 1914 lalu dalam pertandingan persahabatan di Buenos Aires.

Bukan sahaja pasukan, tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa pastinya mengikuti rapat pertembungan legenda bola sepak dari Brazil iaitu Pele dan Diega Maradona dari Argentina.

Persembahan kedua-dua pemain legenda ini umpama pahlawan atau ayam tambatan buat pasukan masing-masing apabila aksi mereka akan ditunggu-tunggu peminat.

Namun kini, tumpuan peminat bola sepak dunia itu mula terarah kepada Kapten Argentina, Lionel Messi dan bintang handalan Brazil, Neymar Jr.

Lebih mengujakan apabila sehari sebelum pentas Piala Dunia 2018 membuka tirai, Sunway University telah ‘menerbangkan’ dua bintang bola sepak dunia ini ke Malaysia.

Malah, bahang piala dunia itu turut dirasai apabila arca Sun-Birds dua pasukan terbaik dan hebat dunia itu melingkari beberapa bangunan ikonik di univeristi tersebut.

Tidak dapat dinafikan penglibatan Sunway University dalam indutsri sukan dan kreatif sejak beberapa tahun ini apabila pernah menjadi rakan kongsi perintis F1, di Sepang pada tahun 2016; pencipta empat lampu laser projektor pertama di ASEAN pada tahun 2017 dan terkini menjadi penaja pertama negara Piala FA Inggeris.

Dari kiri– Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group, Dr Elizabeth Lee, Duta Brazil, Carlos Martins Ceglia, penyanyi opera tempatan, Solomon Chong, Duta Argentina, Manuel Balaguer Salas dan Naib Canselor Sunway University, Profesor Graeme Wilkinson bersama dengan maskot Sunway University, Samson dan Sophia.

Bagi penglibatan dalam Piala Dunia 2018, Sunway Unversity mengambil inisiatif mengadakan acara Sunway Uni World Cup 2018.

Pelancaran Sunway Uni World Cup 2018 itu telah dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas dan negara seteru bola sepak iaitu Duta Brazil ke Malaysia, Carlos Martins Ceglia. Kehadiran kedua-dua duta itu memberi impak positif dalam usaha pihak Sunway Univeristy memeriahkan Piala Dunia 2018.

Kedua-dua duta Brazil dan Argentina pada majlis pelancaran Sunway Uni World Cup 2018 di sini, baru-baru ini.

Bagi penuntut dan orang ramai yang berada di persekitaran Sunway University pastinya akan merasai kemeriahan dan bahang piala dunia iaitu apabila terdapat arca Sun-Birds yang mengenakan jersi kuning seperti Neymar serta selain warna dan corak yang rapi dan megah seperti Messi bagi pasukan Argentina.

Pemasangan jersi kedua-dua pasukan di dua ikonik arca Sun-Birds Sunway University itu akan memberi impak besar buat para penuntut dan orang ramai untuk terlibat secara langsung dalam Sunway Uni World Cup 2018.

Malah, pemilihan Neymar yang merupakan bintang bola sepak terkemuka manakala Messi sebagai pemain terbaik dunia sedikit sebanyak mendorong peminat bola sepak dalam kalangan penuntut tempatan dan antarabangsa untuk turut serta dalam kempen piala dunia ini.

Duta Brazil ke Malaysia Carlos Martins Ceglia (kiri) mencium replika trofi Piala Dunia 2018.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway University, Dr Elizabeth Lee merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian kedua-dua duta serta semangat positif yang ditunjukkan.

“Walaupun acara antarabangsa itu berlangsung di Rusia, Sunway University mahu menyediakan platform ideal untuk mempamerkan kepelbagaian budaya yang indah dan membanggakan. Daripada 32 negara yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2018, lebih separuh negara diwakili oleh penuntut di Sunway University.

“Untuk makluman, sepanjang bulan Piala Dunia 2018 berlangsung, Sunway University akan mengadakan siri acara, permainan dan kenangan istimewa penuntut tempatan dan antarabangsa . Malah, pada Julai ini, Sunway University, akan menjadi univeristi pertama selaku tuan rumah permainan Drone Soccer di Malaysia.

Dr Lee mendedahkan, salah seorang penuntut Sunway Univeristy yang bertuah akan membawa pulang Trofi Tribute Piala Dunia dan akan dipaparkan di universiti tersebut.

Salah seorang penuntut Sunway University yang bertuah akan membawa pulang Trofi Tribute Piala Dunia.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti Drone Soccer itu, terdapat kuiz berkaitan piala dunia, sorakan dalam kalangan penuntut antarabangsa ke atas pasukan pilihan mereka, tendangan penalti serta tekaan tepat empat pasukan bertanding yang akan membawa pulang trofi piala dunia seperti yang dipamerkan di universiti itu.

Bagi pusingan akhir Drone Soccer, ia akan berlangsung di Dewan Jeffrey Cheah Hall manakala Drone Lights akan mewakili dua warna daripada dua pasukan yang akan berentap di perlawanan akhir piala dunia.

Untuk pengetahuan, kira-kira 800 penuntut boleh menyertai acara itu serta 400 penyokong ditetapkan bagi setiap kumpulan yang bertanding.