awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NFDP terus berjalan walau penyerahan kepada FAM ditangguh - Hannah

Seth Akmal
Seth Akmal
08/11/2025
10:23 MYT
NFDP terus berjalan walau penyerahan kepada FAM ditangguh - Hannah
Kata Hannah sekretariat NFDP masih berfungsi dan segala perancangan di bawah program tersebut dijalankan seperti yang dirancang. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) tetap diteruskan seperti biasa.

Ringkasan AI
  • Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) diteruskan tanpa penyerahan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) buat masa ini, dengan MSN masih mengurus peruntukan dan perancangan program tersebut.
  • Keputusan menangguhkan penyerahan NFDP kepada FAM dibuat selepas penilaian oleh AFC yang mencadangkan agar program sukan dikendalikan oleh persatuan sukan kebangsaan masing-masing.
  • Pelaksanaan penyerahan NFDP akan ditangguhkan sehingga isu kepimpinan dalam FAM diselesaikan sepenuhnya, demi kestabilan dan tanggungjawab yang diperlukan.

Beliau berkata, penyerahan rasmi program tersebut kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya ditangguhkan buat sementara waktu.
Tambahnya, sekretariat NFDP masih berfungsi dan segala perancangan di bawah program tersebut dijalankan seperti yang dirancang.
“Bagi pihak kerajaan, kita akan melaksanakan pendekatan secara berperingkat, bermaksud peruntukan NFDP masih disalurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
“Buat masa ini, MSN masih memantau perjalanan keseluruhan program NFDP,” katanya selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2025 di Bukit Jalil, hari ini.
Menurut Hannah, keputusan menangguhkan penyerahan itu dibuat selepas penilaian oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang mencadangkan agar program pembangunan sukan dikendalikan oleh persatuan sukan kebangsaan masing-masing.
“NFDP telah melalui proses penilaian oleh AFC bagi membantu MSN meneliti keberkesanan program tersebut. Dalam penilaian itu, AFC mencadangkan supaya persatuan sukan kebangsaan memiliki dan mengurus sendiri program pembangunan masing-masing,” katanya.
Beliau menjelaskan, walaupun MSN telah bersetuju secara prinsip untuk menyerahkan NFDP kembali kepada FAM, pelaksanaan akan ditangguhkan sehingga isu kepimpinan dalam persatuan itu diselesaikan sepenuhnya.
“Saya telah meminta supaya perkara ini dikaji semula atau ditangguhkan dahulu sehingga FAM mempunyai presiden dan kepimpinan yang stabil. Hanya selepas itu saya akan menyerahkan NFDP kepada mereka dengan penuh tanggungjawab,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Malaysia
#FAM
#Hannah Yeoh
#NFDP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan