awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol mara ke separuh akhir kejohanan terbuka di Colombia

Bernama
Bernama
10/03/2017
14:59 MYT
Nicol mara ke separuh akhir kejohanan terbuka di Colombia
Nicol dijangka berdepan tugas mencabar apabila berdepan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England dalam aksi separuh akhir pada lewat Jumaat (Sabtu di Malaysia). - Gambar fail
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David semakin menghampiri untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia PSA pertamanya sejak Terbuka Hong Kong 2015, selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita di Ciudad de Floridablanca, Colombia.
Pemain nombor tujuh dunia itu menewaskan pemain di ranking ke-17 dunia, Joey Chan dari Hong Kong 12-10, 12-10 dan 11-3 dalam aksi suku akhir pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
"Saya beraksi dengan baik pada awal permainan dan ia perlawanan yang menarik," kata Nicol seperti dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk.
"Saya benar-benar teruja untuk beraksi pada separuh akhir di Colombia. Ia gelanggang yang hebat, saya berada dalam keadaan baik dan akan menampilkan aksi terbaik esok," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Nicol dijangka berdepan tugas mencabar apabila berdepan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England dalam aksi separuh akhir pada lewat Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Waters mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Victoria Lust dalam pertarungan sengit lima set sebelum mencatat kemenangan 11-7, 16-18, 11-7, 7-11 dan 15-13 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Kejohanan sulung itu, yang merupakan antara kejohanan dalam kalendar Jelajah Dunia PSA, menawarkan hadiah wang tunai US$70,000 (RM312,317). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita
#Nicol David
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan