awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol mara ke separuh akhir Terbuka Wadi Degla

Bernama
Bernama
02/11/2016
02:47 MYT
Nicol mara ke separuh akhir Terbuka Wadi Degla
Nicol berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, dan menambah beliau bermain dengan tenang sepanjang perlawanan itu untuk mengalahkan pemain muda Mesir berkenaan. - Gambar fail
Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor tiga dunia, Datuk Nicol David meneruskan aksi cemerlang apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla yang berlangsung di Kaherah, Mesir, lewat Selasa waktu tempatan (awal pagi Rabu waktu Malaysia).
Pemain kelahiran Pulau Pinang yang juga pilihan utama kejohanan, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain pilihan kelima, Nour El Tayeb dari Mesir; 6-11, 12-10, 11-8 dan 11-8 dalam perlawanan suku akhir di Kelab Wadi Degla yang berlangsung kira-kira sejam.
Bercakap selepas itu, Nicol berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, dan menambah beliau bermain dengan tenang sepanjang perlawanan itu untuk mengalahkan pemain muda Mesir berkenaan.
"Konsistensi saya berbayar hari ini dan saya perlu bermain dengan bersungguh-sungguh kerana anda sudah pasti tidak mahu berada di situ terlalu lama. Saya gembira memenangi perlawanan ini 3-1," beliau dipetik sebagai berkata dalam laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.
Nicol akan bertemu seteru beliau pemain Mesir, Raneem El Welily dalam pusingan separuh akhir pada Jumaat selepas pemain pilihan ketiga itu berjaya mengalahkan pilihan kelapan, Donna Urquhart dari Australia; 14-12, 7-11, 11-3 dan 11-9 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla
#Nicol David
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan