awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol tempah tiket ke suku akhir terbuka Windy City

Bernama
Bernama
01/03/2015
23:16 MYT
Nicol tempah tiket ke suku akhir terbuka Windy City
Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Ahad - gambar fail
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut www.squashsite.co.uk, pemain nombor satu dunia ini mengambil masa 27 minit untuk mengalahkan pemain Mesir, Heba El Torky 11-5, 11-4 dan 11-7 pada pusingan kedua.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun ini yang memenangi kejohanan Cleveland Classic di Amerika Syarikat sebelum ini bakal berdepan pemain England, Alison Waters.
Waters mengalahkan rakan senegara Victoria Lust 13-11, 11-5 dan 11-4.
Sementara itu pemain nombor dua negara Low Wee Wern mengalahkan seorang lain pemain Mesir berusia 15 tahun Habiba Mohamed 11-8, 9-11, 12-10, 11-6 dalam pusingan pertama pada Jumaat.
Pemain nombor lapan dunia ini akan bertemu pula pemain Australia, Rachel Grinham, 38, yang mengalahkan pemain Hong Kong, Joey Chan 11-6, 2-11, 15-13, 11-6.
Perlawanan pusingan kedua mereka akan berlangsung pukul 2 petang ini waktu tempatan.
Namun malang bagi pemain nombor tiga negara Delia Arnold yang tunduk kepada pemain nombor tiga dunia Laura Massaro dari England dalam masa 50 minit 7-11, 11-5, 11-6 dan 13-11.
Topic Berkaitan
#Heba El Torky
#Nicol David
#Ratu Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan