DOHA: Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (AS$495,000) bersamaan RM2.19 juta, lapor Sputnik.

Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat "333355" dijual dengan harga 200 juta riyal (AS$55 juta).

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian.

-- BERNAMA