awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Perak buka tender 'AKU' hingga 18 Julai

Bernama
Bernama
03/07/2017
14:38 MYT
JPJ Perak buka tender 'AKU' hingga 18 Julai
Kita tidak boleh jangka berapa nilai bidaan tertinggi bagi nombor tersebut kerana ramai yang memilih nombor itu kerana ia seperti perkataan 'AKU BOSS', kata Mohd Zawawi. - Gambar hiasan
Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan siri AKU yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak bermula hari ini sehingga 18 Julai ini.
Pengarahnya Mohd Zawawi Zakaria berkata nombor siri yang bermula dari nombor 1 hingga 9999 ditawarkan kepada orang ramai mengikut nombor pilihan masing-masing dengan pendaftaran sebanyak RM10.
Nombor siri yang ditawarkan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Nombor Bernilai Utama iaitu 1 hingga 10, Nombor Menarik antaranya 2222, 4444, 11, 12 dan 14, dan Nombor Popular seperti 9090, 7070, 2266 dan 4400.
"Bagi Nombor Bernilai Utama, harga minimum RM10,000, Nombor Menarik minimum RM2,000 manakala Nombor Popular harga minimum RM300.
"Pemohon perlu membayar wang pendaftaran sebanyak RM10 selain wang pendahuluan 50 peratus daripada harga tempahan. Sekiranya pemohon gagal mengikut syarat yang telah ditetapkan permohonan akan ditolak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JPJ Perak di sini.
Menurut Mohd Zawawi ada beberapa nombor pendaftaran yang tidak termasuk dalam kategori nombor pilihan namun menjadi pilihan ramai termasuk selebriti turut dimasukkan dalam tender dan dikategorikan sebagai Nombor Popular seperti 8055, 1305 dan 805.
"Kita tidak boleh jangka berapa nilai bidaan tertinggi bagi nombor tersebut kerana ramai yang memilih nombor itu kerana ia seperti perkataan 'AKU BOSS'," katanya sambil menambah keputusan bagi permohonan dijangka diperoleh dua hingga tiga minggu selepas tarikh tamat permohonan.
Katanya setakat ini nilai bidaan tertinggi yang direkodkan oleh JPJ Perak ialah bagi nombor plat kenderaan AKK 1 iaitu RM288,000 pada tahun lepas.
Sementara itu, seorang jurutera Mohd Azlan Mohd Moosa, 32, berkata beliau akan membida plat nombor AKU 7171 untuk kereta baharunya.
"Saya memilih 7171 kerana keluarga saya menggunakan plat nombor ini dan dua kereta serta sebuah motosikal saya juga menggunakan nombor plat yang sama selain ia senang diingat," katanya.
Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ketika dihubungi Bernama berkata beliau akan menghantar wakil untuk membuat permohonan bidaan plat nombor bagi kenderaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bidaan
#Hasmiza Othman
#JPJ
#Mohd Zawawi Zakaria
#Nombor Bernilai Utama
#nombor pendaftaran
#nombor plat
#Perak
#siri AKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan