awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor plat 'RIMAU' untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Bernama
Bernama
03/02/2017
22:00 MYT
Nombor plat 'RIMAU' untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
MASOC berasa sukacita untuk melancarkan penjualan nombor plat Rimau untuk memperingati Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9. - Gambar hiasan
Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) berasa sukacita untuk melancarkan penjualan nombor plat 'RIMAU' sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi untuk memperingati Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MASOC mengesahkan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggunakan nombot plat tersebut.
Tarikh pelancaran dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari www.kualalumpur2017.com.my
Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP ialah pada 1965 dan sehingga edisi Singapura pada 2015, Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali.
Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan SEA ialah pada 2001 apabila muncul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#MASOC
#SEAP
#Sukan SEA ke-29
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan