awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

NSFC mungkin tidak guna kuota 15 pemain import - Aminuddin

Bernama
Bernama
18/06/2025
09:39 MYT
NSFC mungkin tidak guna kuota 15 pemain import - Aminuddin
Aminuddin berkata, setakat ini senarai pemain import bagi skuad Hobin Jang Hobin bimbingan Ketua Jurulatih Mohd Nidzam Jamil itu sedang dimuktamadkan. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) berkemungkinan tidak akan menggunakan sepenuhnya kuota 15 pemain import yang dibenarkan bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini, kata Pengerusi NSFC Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata setakat ini senarai pemain import bagi skuad Hobin Jang Hobin bimbingan Ketua Jurulatih Mohd Nidzam Jamil itu sedang dimuktamadkan.
"Kita sedang bincang tentang posisi (pemain) yang akan kita putuskan... Kita tak sanggup la nak beli sampai 15 orang yang dibenarkan itu... Kita akan gunakan pemain import dan senior tetapi saya yakin dengan kehadiran ramai pemain baharu akan beri nafas (galakan) kepada pemain muda kita.
"Kita nak supaya mereka diberi peluang dan ruang untuk menyumbang, sekali gus mencatat keputusan yang baik untuk pasukan pada saingan musim ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini dilapor memaklumkan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ke-13 Penggal 2021-2025 bersetuju membenarkan semua kelab mendaftar maksimum 15 pemain import, dengan kuota sembilan pemain di atas padang (termasuk simpanan) terdiri daripada empat terbuka, seorang Asia dan dua ASEAN.
Sementara itu, Aminuddin berkata tiada keperluan untuk menukar ketua pegawai eksekutif (CEO) pasukan itu yang kini digalas Faliq Firdaus Muhammad Rom, selain meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya untuk meneruskan agenda membangunkan pasukan.
"Saya nampak dia profesional dan ingin melihat kemajuan pasukan dalam arena sukan bola sepak negara, saya sokong penuh langkah diambil," katanya ketika ditanya mengenai spekulasi yang meminta CEO kelab itu ditukarkan berikutan prestasi tidak memuaskan pasukan musim lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan FC
#NSFC
#kuota pemain import
#Liga Super
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami