awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Azmi umum tanding jawatan Timbalan Presiden MOM

Bernama
Bernama
07/04/2025
20:45 MYT
Nur Azmi umum tanding jawatan Timbalan Presiden MOM
Nur Azmi berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mendapat sokongan Hamidin, yang tidak akan mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan kali ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam pemilihan badan induk sukan negara itu pada 19 April ini.
Nur Azmi yang kini menjawat jawatan Naib Presiden MOM berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mendapat sokongan Timbalan Presiden, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, yang tidak akan mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan kali ini.
"Saya bersedia menggalas tanggungjawab itu sekiranya diberikan kepercayaan. Saya berpegang pada prinsip untuk berkhidmat demi pembangunan sukan negara," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
"Jika diberi peluang, saya akan teruskan usaha memartabatkan sukan Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Selain Nur Azmi, beberapa tokoh lain turut menunjukkan minat terhadap jawatan tersebut, namun tiada pengesahan rasmi dibuat setakat ini.
Pemilihan jawatankuasa baharu MOM dijangka berlangsung di Wisma MOM di sini dan dijangka sengit dengan beberapa nama besar turut disebut-sebut bakal mencabar beberapa jawatan utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOM
#jawatan utama
#pengesahan rasmi
#makaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan