awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Suryani gondol perak acara menembak sempena hari lahir

Bernama
Bernama
24/09/2014
07:20 MYT
Nur Suryani gondol perak acara menembak sempena hari lahir
Beliau mengutip 620.6 mata untuk menyamai rekod peribadinya yang dibuat pada 2005. - Foto Bernama
Penembak negara Nur Suryani Mohamed Taibi menamatkan kemarau pingat apabila membidik perak dalam acara 50m rifle prone di Ongnyeon International Shooting Range di sini hari ini.
Lebih manis kemenangan itu diraih sempena sambutan hari lahirnya yang ke-32 hari ini.
Beliau mengutip 620.6 mata untuk menyamai rekod peribadinya yang dibuat pada 2005.
"Ini kali kedua saya menang pingat pada hari lahir saya. Sebelum ini di Sukan SEA, tapi saya tidak ingat temasya yang ke berapa. Sebenarnya saya tidak sasar sebarang pingat dalam acara ini," katanya.
Kemenangan hari ini juga menebus kekecewaannya semalam dan menghapus kemarau skuad menembak yang gagal membidik sebarang pingat sejak hari pertama kejohanan.
Nur Suryani berkata apa yang menjadi azimat untuk beliau bangkit dari kekecewaan adalah amanat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengunjungi atlet di kem latihan fasa akhir di IOI Palm Garden Resort.
"Lepas kalah semalam, saya memang kecewa. Tapi saya ingat balik pesan menteri supaya kita jangan cepat putus asa. Saya lupakan terus kekecewaan dan cuba buat yang terbaik setiap hari dan inilah hasilnya," katanya.
Pingat emas dimenangi penembak Mongolia, Narantuya Chuluunbadrakh dengan mengumpul 624.1 mata manakala gangsa milik penembak Korea Selatan, Eum Bitna dengan 620.6 mata.
Nur Suryani turut membantu rakan sepasukan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muslifah Zulkifli untuk meraih gangsa dalam acara berpasukan dengan mengumpul 1,853.6 mata.
Pingat emas dimenangi penembak Korea Selatan dengan 1,855.5 mata diikuti perak oleh China dengan 1,854.1 mata.
Topic Berkaitan
#Incheon
#menembak
#Nur Suryani Mohamed Taibi
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan