awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah rehat panjang pulih kecederaan

Bernama
Bernama
22/03/2025
13:45 MYT
Nurul Izzah rehat panjang pulih kecederaan
Nurul Izzah berdepan detik malang di Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye minggu lepas apabila terjatuh selepas berlanggar dengan Makaira Wallace dari Trinidad dan Tobago ketika cuba memintas lawannya itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berpeluang untuk berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika menyertai Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye minggu lepas.
Beliau berkata buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang kejohanan sehingga Mei dan masa yang ada akan dimanfaatkannya untuk sesi pemulihan dan berehat sebelum menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dari 20 hingga 25 Mei ini.
"Keseluruhan semua pemulihan cukup, luka sudah mula kering kaki sudah mula baik dan saya sudah pergi Institut Sukan Negara (ISN) untuk periksa dan tiada yang teruk. Selepas di Turkiye minggu lepas, kejohanan lambat lagi dalam bulan Julai baru ada kejohanan yang besar.
"Kejohanan seterusnya kejohanan kebangsan bulan Mei. Sekarang saya fokus pemulihan, jadual di luar musim jadi saya cuti sampai raya, saya ada latihan sendiri," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Nurul Izzah berdepan detik malang di Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye minggu lepas apabila terjatuh selepas berlanggar dengan Makaira Wallace dari Trinidad dan Tobago ketika cuba memintas lawannya itu.
Atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu dilihat terbaring di trek dan tidak dapat meneruskan kayuhan, sekali gus gagal menamatkan perlumbaan, manakala Wallace mengakhiri saingan di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tempat ketiga
#detik malang
#berehat panjang
#ISN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan