awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nwakaeme pemain pertama Liga Malaysia 2019 terima surat tunjuk sebab

Astro Arena
Astro Arena
20/02/2019
11:46 MYT
Nwakaeme pemain pertama Liga Malaysia 2019 terima surat tunjuk sebab
Nwakaeme (kanan) mengkritik mutu pengadilan masih di takuk lama menganggap pengadil perlawanantidak menjalankan tugas dengan sempurna. - Foto: Pahang FA
PEMAIN import Pahang, Dickson Nwakaeme, bakal menjadi pemain pertama Liga Malaysia yang menerima surat tunjuk sebab ekoran kritikan terbukanya ke atas mutu pengadilan perlawanan melibatkan pertemuan di antara Melaka dan Pahang tempoh hari.
Pengerusi jawatankuasa pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ACP (B) Md Dali Wahid, mengakui unitnya kini sedang meneliti ulasan yang dibuat Nwakaeme sebaik tamat perlawanan tempoh hari.
Nwakaeme yang mengkritik mutu pengadilan masih di takuk lama menganggap pengadil perlawanan, Wan Tarmizi Wan Ibrahim, tidak menjalankan tugas dengan sempurna.
"Saya akan bawa perkara ini kepada sekretariat dan kami akan siasat dulu. Saya memang baca perkara itu tetapi kami akan kaji. Jika segalanya tepat, sekretariat akan menghantar surat tunjuk sebab," ujar Dali.
Surat tunjuk sebab masih belum dikeluarkan FAM, namun Dali mengakui akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
"Saya tidak mengatakan pengadil tidak boleh ditegur. Itu bukan caranya. Apa yang betul tetap betul, apa kesalahan yang dilakukan pengadil tetap salah. Saya memberitahu pengadil bahawa mereka perlu tegas dan adil."
Sebelum ini, dua jurulatih Liga Super iaitu pengendali Selangor, B. Sathianathan, dan Abu Bakar Fadzim (PKNP FC) sudah diberi surat tunjuk sebab oleh FAM berhubung kritikan mereka ke atas pengadil selepas perlawanan.
Topic Berkaitan
#Dickson Nwakaeme
#FAM
#kritikan
#Liga Malaysia
#Md Dali Wahid
#pahang FA
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan