PETALING JAYA: Atlet yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 Ng Joe Ee percaya bahawa pengiktirafan yang diterimanya malam tadi akan dapat melonjakkan semangatnya untuk bekerja lebih keras bagi melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Walaupun di atas kertas usaha menjejakkan kaki ke temasya sukan terbesar dunia itu mungkin kelihatan sesuatu yang hampir mustahil, namun atlet gimrama itu tetap bertekad untuk gigih berusaha bagi menjadikan impiannya bersaing di pentas dunia itu sebagai satu kenyataan.
"Anugerah (Olahragawati) benar-benar memberi motivasi kepada saya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Anugerah Sukan Negara 2022 (ASN 2022) di sini.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu berkata beliau kini memberi fokus kepada usaha untuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu yang memerlukan beliau meningkatkan tempo pergerakan di lantai.
"Rutin baharu ini berbeza sama sekali dengan tahun lepas. Ia lebih pantas, terutama sekali dalam disiplin reben," katanya.
Bagaimanapun atlet berumur 17 tahun itu berkata perubahan berkenaan memberi kesan terhadap prestasinya, apabila beliau hanya menduduki tempat ke-12 dalam final keseluruhan pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2023 di Manila baru-baru ini.
Sementara itu Joe Ee mengaku beliau amat terkejut selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Olahragawati Kebangsaan malam tadi.
"Saya amat terperanjat apabila mendangar nama saya diumumkan sebagai Olahragawati, dan terus peluk ibu sebelum naik ke pentas. Pada mulanya saya jangka atlet terjun, Datuk Pandelela Rinong atau Nur Dhabitah Sabri yang akan menerima anugerah itu," katanya.
Sementara itu juara beregu badminton dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dinamakan sebagai Olahragawan Kebangsaan, berharap anugerah itu akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk memburu lebih banyak kejayaan di masa depan.
Wooi Yik turut menyuarakan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara terhadap sokongan yang diberikan selama ini.
"Kami harap dapat berusaha lagi untuk harumkan nama negara pada masa depan," katanya dalam klip video yang dipertontonkan kepada hadiri di majlis ASN 2022.
Aaron-Wooi Yik tidak dapat hadir di majlis ASN 2022 disebabkan komitmen dengan Terbuka Korea 2022 yang bermula hari ini hingga 23 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Atlet gimrama Ng Joe Ee ditemu bual pemberita selepas memenangi Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2022 pada majlis Anugerah Sukan Negara 2022 semalam. - Foto BERNAMA
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
ASN 2023: Mike Mahen, Natasha rangkul Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan
Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan, manakala Natasha Mohamed Roslan dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.
Olahragawati Kebangsaan: Joe Ee taruh harapan ke Sukan Olimpik Paris 2024
Atlet yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 Ng Joe Ee percaya bahawa pengiktirafan yang diterimanya malam tadi akan dapat melonjakkan semangatnya untuk bekerja lebih keras bagi mel
Aaron-Wooi Yik, Joe Ee dinobat Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2022
Pasangan nombor empat dunia itu mencipta sejarah tahun lalu dengan memenangi kejuaraan dunia di Tokyo.
Sukan SEA 2023: Penantian yang berbaloi - Cheong Min
Penantian panjang juara dunia dua kali, Tan Cheong Min untuk membuat penampilan di Sukan SEA membuahkan hasil "lumayan" selepas menjadi atlet Malaysia pertama memenangi dua pingat emas kali ini.
Sukan SEA: Jawatankuasa CDM sedia ahli psikologi sukan untuk bantu atlet
Jawatankuasa Ketua Kontinjen (CDM) menyediakan dua ahli psikologi sukan bagi membantu para atlet sepanjang Sukan SEA ke-32 di Kemboja yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.
Azizulhasni cipta rekod, Pandelela kembali raih Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.
Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018
Muhammad Rafiq muncul pemain boling lelaki ketiga diberikan pengiktirafan sedemikian selepas kali terakhir atlet sukan boling diangkat sebagai Olahragawan pada 1984 menerusi, Michael Chuah.
Nicol atlet istimewa, pencapaiannya satu fenomena - Mohamad Norza
Pelbagai kejayaan diraih, antaranya merangkul tiga pingat emas Sukan Dunia, lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel sepanjang 20 tahun penampilannya, menjadikan Nicol seorang atlet istimewa.
Sazali, Nicol dinobat olahragawan dan olahragawati anugerah Sukan Negara 2014
Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan dan Jaguh bina badan Sazali Abd Samad pula dinobat Olahragawan Kebangsaan.