awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Musim Sejuk Beijing lakar kecemerlangan - Xi Jinping

Bernama
Bernama
11/04/2022
07:25 MYT
Olimpik Musim Sejuk Beijing lakar kecemerlangan - Xi Jinping
Kejayaan itu hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan bertaraf dunia di tiga zon pertandingan dan pihak penganjur berjaya mengendalikan acara dengan lancar dan profesional, selain perkhidmatan mesra dan berkualiti. - AP
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping berkata temasya Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berjaya mempamerkan pertandingan yang menarik dan menerima maklum balas positif masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan bertaraf dunia di tiga zon pertandingan dan pihak penganjur berjaya mengendalikan acara dengan lancar dan profesional, selain perkhidmatan mesra dan berkualiti.
"Temasya sukan kali ini berjaya menarik berbilion penonton, sekali gus menyaksikan tercapainya satu rekod baharu iaitu kadar tontonan paling tinggi dalam sejarah Olimpik Musim Sejuk.
"Selepas mengharungi pelbagai kesukaran, rakyat China bersama penduduk dunia sekali lagi menyajikan temasya gemilang yang terpahat dalam sejarah, dan berkongsi kemuliaan Olimpik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan untuk badan dan individu yang memberi sumbangan pada temasya sukan itu, di Dewan Besar Rakyat di sini pada Jumaat.
Selain mendorong interaksi antara tamadun, meningkatkan perpaduan dan kerjasama global, beliau berkata temasya kali ini juga membawa keyakinan serta harapan kepada dunia yang sedang bergolak.
Penganjuran sukan itu telah mendapat bantuan dan sokongan daripada pertubuhan antarabangsa termasuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), serta kerajaan, rakyat dan pelbagai negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Olimpik Musim Sejuk
#Xi Jinping
#temasya sukan
#penganjur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan