awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Azizulhasni kongsi detik cemas tersesat ketika jalani latihan

Astro Arena
Astro Arena
11/07/2024
23:10 MYT
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni kongsi detik cemas tersesat ketika jalani latihan
Menurut Azizulhasni, pengalaman cemas itu terjadi setelah beliau dan Nurul Izzah selesai melengkapkan waktu latihan selama satu jam. - Foto Astro ARENA
PELUMBA basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi kisah cemas ketika menjalani latihan berbasikal di United Kingdom bersama pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati.
Pengalaman itu dikongsi dalam satu rakaman video ketika berada di Silverstone, Tove Valley untuk menjalani latihan pusat bersama-sama pasukan berbasikal trek negara termasuk Shah Firdaus Sahrom, Nurul Izzah dan jurulatih mereka, John Beasley.
Menerusi video tersebut, Azizul menceritakan bagaimana beliau yang bersama-sama Nurul Izzah telah memulakan kayuhan 'recovery' pada waktu pagi di Silverstone manakala Shah Firdaus menjalani latihan lain pada hari yang sama.
Pengalaman cemas itu terjadi setelah selesai melengkapkan waktu latihan selama satu jam dan mereka memutuskan untuk berpatah balik ke kediaman masing-masing.
Akan tetapi, dalam perjalanan pulang mereka berasakan sesuatu yang tidak kena mengenai laluan pulang sehingga terpaksa menggunakan aplikasi pandu arah 'Google Maps' untuk mengetahui lokasi sebenar mereka.
Menurut beliau lagi, laluan yang diberikan turut menjadi cabaran dan halangan kepadanya dan Nurul Izzah kerana terpaksa memasuki kawasan hutan dan laluan denai sehinggalah mereka menemui jalan besar untuk pulang ke kediaman mereka.
Bagaimanapun, menerusi video tersebut Azizul memberitahu, mereka berdua berjaya dan berasa lega selamat tiba di destinasi yang dituju.
Menurutnya, ini menjadikannya satu pengalaman baharu buat mereka ketika menjalani latihan berbasikal di Silverstone.
Latihan skuad berbasikal trek negara menjalani latihan fasa akhir di Belgium, Sepanyol, dan United Kingdom sebelum ke Paris untuk mengibarkan cabaran Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Azizulhasni sesat
#latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan