KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin akan berusaha menambah kuota kad akreditasi untuk pasukan pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia di Paris.
Hamidin yang melawat Zii Jia pada sesi latihan semalam berkata, pemain ranking ketujuh dunia itu membuat permintaan untuk membawa rakan sepelatih dan pegawai fisioterapinya di temasya sukan berprestij dunia tersebut.
"Zii Jia dan jurulatihnya Wong Tat Meng sudah mengesahkan, mungkin akan usahakan dapat satu hingga dua lagi (kad akreditasi) dan penuhi hasratnya bermain dengan tenang.
"Ahli pasukannya yang lain akan tinggal di luar perkampungan sukan tapi kita juga ada pilihan lain seperti pas harian and paling tidak kami akan sediakan kenderaan untuk beliau keluar buat sesi pemulihan (rehab) pada masa tertentu," katanya ketika ditemui semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata, Zii Jia telah memaklumkan berhubung mahu melakukan kejutan pada penampilan keduanya dalam Sukan Olimpik selepas edisi 2020 di Tokyo.
Bagaimanapun, Hamidin menasihati pemain berusia 26 tahun itu, yang menyasarkan emas, agar menumpukan untuk mara ke peringkat suku akhir terlebih dahulu sebelum memikirkan ke peringkat lebih jauh di Paris.
Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu berkata, Zii Jia tidak akan menyertai sesi latihan bersama pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Lille, Perancis, bulan depan.
Sebaliknya, juara Terbuka Australia 2024 itu memilih untuk menjalani persiapan akhir di Singapura selama seminggu bermula hujung minggu ini.
"Zii Jia akan berlatih di Singapura bersama pemain negara tersebut dan Thailand. Kemudian, beliau akan pulang semula ke Malaysia untuk berlatih bersama pemain Thailand," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hamidin kagum dengan semangat tinggi wakil negara untuk berjuang di Paris 2024 termasuk pemanah Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan penerjun Bertrand Rhodict Lises, yang menyatakan keazaman untuk membawa pulang pingat walaupun dua atlet tersebut bakal menjejakkan kaki buat kali pertama ke pentas Olimpik.
Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Hamidin akan berusaha menambah kuota kad akreditasi untuk pasukan pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia di Paris. - Gambar Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris
Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik mencapai jualan tiket sebanyak 2.58 juta.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.