awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Harapan Zii Jia 'intai' emas tidak kesampaian

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/08/2024
09:49 MYT
Olimpik Paris 2024: Harapan Zii Jia 'intai' emas tidak kesampaian
Zii Jia tidak berjaya melangkah ke pentas final apabila tewas kepada wakil Thailand yang berada di kedudukan ke-8 dunia itu hari ini. - Gambar/ Bernama
HARAPAN Malaysia untuk menyaksikan Lee Zii Jia mengintai slot ke final Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas perseorangan lelaki negara itu tewas straight set kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn di separuh akhir sebentar tadi.
Dalam aksi yang berlangsung kurang 60 minit itu, Zii Jia kalah 14-21, 15-21 kepada pemain di ranking kelapan dunia itu.
Permulaan set pertama menyaksikan, Zii Jia yang juga juara All England tampak garang apabila mendahulu tiga mata sebelum Vitidsarn mengumpul mata demi mata untuk mendahului saingan tersebut.
Memasuki set kedua, pemain nombor tujuh dunia itu cuba mencari rentak untuk menundukkan Vitidsarn dengan cubaan demi cubaan termasuk rally panjang.
Begitupun, pukulan Zii Jia dilihat kurang menjadi menyebabkan beliau ketinggalan sebelum perlawanan dimuktamadkan dengan keputusan 21-15.
Ia sekali gus meleyapkan impian Malaysia untuk memburu pingat emas pertama Olimpik Paris 2024.
Cabaran pemain kelahiran Alor Setar itu akan diteruskan bagi merebut pingat gangsa menentang sama ada Viktor Axelsen mahupun wakil dari India Lakshya Sen, esok.
Zii Jia dan Kunlavut terikat 4-4 berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini tetapi Kunlavut menang aksi terakhir antara mereka ketika Terbuka Indonesia, Jun lalu.
Kali terakhir perseorangan lelaki Malaysia berjaya melangkah ke final Sukan Olimpik adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2016 di Rio de Janiero yang menyaksikan beliau sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas di tangan pemain China, Chen Long.
Topic Berkaitan
#olimpik paris 2024
#Lee Zii Jia
#Separuh Akhir
#keputusan separuh akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan