awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei

Bernama
Bernama
13/07/2024
09:30 MYT
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei berpesan supaya pemain negara tidak membiarkan tekanan menguasai diri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Kesemua pemain negara kini boleh mencatur strategi kecuali juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang belum mengetahui saingan mereka pada temasya terbesar itu.
Undian bagi acara beregu lelaki tidak diadakan semalam apabila BWF memaklumkan ia akan dibuat pada satu tarikh yang bakal ditentukan susulan perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Dalam berdepan lonjakan adrenalin itu, pemenang tiga kali pingat perak Olimpik Datuk Lee Chong Wei mempunyai mesej ringkas untuk pemain: 'Jangan biarkan tekanan menguasai anda tetapi fokus untuk mengharumkan nama negara'.
Menerusi undian berkenaan, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah berdepan tugas sukar apabila berada dalam kumpulan bersama pilihan utama dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam Kumpulan D.
Turut berada dalam kumpulan sama, beregu ranking keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun dan beregu nombor sembilan dunia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia.
Meskipun berdepan laluan sukar, Chong Wei berharap Pearly-Thinaah dapat mempamerkan aksi terbaik dan memanfaatkan setiap detik di gelanggang dalam penampilan sulung mereka di Olimpik.
"Nikmati permainan dan jaga kesihatan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam pada itu pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mendapat laluan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan dengan diundi bersama pemain ranking ke-72 dunia dari Sri Lanka, Viren Nettansinghe dan pemain nombor 63 dunia dari Sepanyol Pablo Abian dalam Kumpulan G.
Bagi acara perseorangan wanita, pemain profesional negara Goh Jin Wei diundi bersama Kim Ga Eun dari Korea Selatan dan pemain Afrika Selatan Johanita Scholtz dalam Kumpulan H.
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut berpeluang cerah melepasi peringkat kumpulan apabila diundi dalam Kumpulan D bersama pilihan kedua dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, beregu Amerika Syarikat Vinson Chiu-Jennie Gai dan pasangan Singapura Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han.
Hanya juara kumpulan bagi acara perseorangan dan dua beregu teratas dalam kumpulan layak ke peringkat suku akhir.
Saingan badminton Olimpik Paris akan berlangsung di Porte de la Chapelle Arena pada 27 Julai hingga 5 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#olimpik paris
#Lee Chong Wei
#pengurusan tekanan
#kontinjen malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan