awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi

Bernama
Bernama
03/08/2024
09:29 MYT
Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi
Perancis telah melabur sekitar EUR1.4 bilion (AS$1.5 bilion) dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menjadikan Sungai Seine sebagai venue acara Olimpik. - Reuters
PARIS: Kualiti air Sungai Seine sekali lagi merosot, menghalang latihan untuk acara triatlon berpasukan campuran Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadualkan pada Isnin.
Hujan baru-baru ini telah menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan, menurut agensi berita Jerman dpa.
Terdapat kebimbangan besar mengenai acara individu, namun akhirnya ia berlangsung pada Rabu selepas air disahkan selamat untuk atlet berenang pada saat terakhir. Perlumbaan atlet lelaki terpaksa ditangguhkan selama sehari.
Selain triatlon campuran, acara 10 kilometer (km) renang air terbuka untuk lelaki dan wanita juga dijadualkan berlangsung di Sungai Seine minggu depan.
Perancis telah berusaha selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kualiti air Sungai Seine, melabur sekitar EUR1.4 bilion (AS$1.5 bilion) dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menggunakan sungai itu untuk acara Olimpik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai seine
#kualiti air
#sungai tidak bersih
#triatlon
#olimpik paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan