awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Nicol bangga menyaksikan kebangkitan luar biasa Zii Jia

Bernama
Bernama
06/08/2024
05:01 MYT
Olimpik Paris 2024: Nicol bangga menyaksikan kebangkitan luar biasa Zii Jia
Nicol berkata daya tahan dan keazaman tinggi dimiliki Zii Jia benar-benar memberikan inspirasi terutama keupayaannya untuk kekal fokus walau berdepan tekanan hebat. - FB Nicol David
KUALA LUMPUR: Legenda skuasy negara Datuk Nicol David bangga dengan kebangkitan dipamerkan Lee Zii Jia dalam perlawanan penentuan yang mendebarkan sebelum berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Nicol yang juga Timbalan Ketua Kontinjen negara ke temasya itu berkata daya tahan dan keazaman tinggi dimiliki pemain berusia 26 tahun itu benar-benar memberikan inspirasi terutama keupayaannya untuk kekal fokus walau berdepan tekanan hebat.
"Saya nampak keinginan untuk menang dan keberaniannya sejak kali pertama melihat beliau beraksi di Sukan SEA. Ketenangan yang ada padanya sepanjang pertandingan sangat hebat apatah lagi menjadi sandaran serta tekanan Sukan Olimpik.
"Sikap yang tidak pernah berputus asa untuk kembali menguasai set kedua dan seterusnya walaupun ada ketikanya ketinggalan 8-4 sebelum berjaya memenangi pingat gangsa, ia sungguh luar biasa dan saya bangga dapat menyaksikan detik itu sendiri," katanya dalam hantaran hari ini.
Nicol turut mengucapkan tahniah atas kemenangan itu yang turut membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Pemain ketujuh dunia itu mengecewakan Lakshya Sen dari India 13-21, 21-16, 21-11 dalam penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Paris, semalam.
Sebelum itu, Zii Jia tewas kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada saingan separuh akhir.
-- BERNAMA
*Tonton strim langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro, Astro GO, and sooka.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Nicol David
#Lee Zii Jia
#pingat gangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan