awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Perenang kecam pengangkutan ke kolam renang 'kelam-kabut'

Bernama
Bernama
27/07/2024
22:50 MYT
Olimpik Paris 2024: Perenang kecam pengangkutan ke kolam renang 'kelam-kabut'
Perenang dari Korea Selatan telah meninggalkan Perkampungan Olimpik untuk tinggal lebih dekat dengan Arena La Defense kerana masalah pengangkutan. - Foto REUTERS
PARIS: Kesukaran pengangkutan di venue renang Sukan Olimpik di Paris telah mendapat kritikan meluas pada hari pertama pertandingan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Pengangkutan tidak seperti yang sepatutnya beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya agak kelam-kabut," kata Juara Dunia 100 meter gaya kupu-kupu dari Jerman, Angelina Kohler, kepada pemberita pada Sabtu selepas menghadapi masalah semasa latihan.
Dia berkata beberapa perenang terpaksa duduk di atas lantai bas.
"Itulah sebabnya kadang-kadang agak sukar. Tetapi semua orang mempunyai masalah itu. Jadi, kita akan lihat bagaimana keadaan seterusnya," kata Kohler.
Menurut laporan dalam Korea Times, perenang dari Korea Selatan telah meninggalkan Perkampungan Olimpik untuk tinggal lebih dekat dengan Arena La Defense kerana masalah pengangkutan.
Perenang gaya bebas Jerman, Isabel Gose, percaya perkhidmatan bas ulang-alik akan semakin baik.
"Ia agak kelam-kabut. Ia memang satu masalah. Tidak berfungsi langsung. Tetapi saya rasa mereka akan membetulkannya," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Arena La Defense
#pengankutan
#perenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan