SEPANG: Skuad pelayaran negara terdiri daripada empat atlet dan tiga jurulatih menjadi kumpulan pertama kontinjen Malaysia berlepas ke Jepun bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang bakal berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Kumpulan itu berlepas ke Tokyo menaiki pesawat Malaysia Airlines MH070 pada pukul 9.50 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.05 petang.
Malaysia akan diwakili oleh Khairulnizam Mohd Afendy bagi acara laser lelaki, Nur Shazrin Mohd Latif (laser wanita), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (kedua-duanya acara International 470 wanita) di Tokyo 2020.
Mengiringi perlepasan mereka ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines Berhad Ahmad Luqman Mohd Azmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia) di sini pagi ini.
Ahmad Shapawi berkata, walaupun acara pelayaran hanya membuka tirai pada 25 Julai dan berlangsung sehingga 4 Ogos, skuad negara bertolak awal bagi membuat persiapan logistik, latihan dan membiasakan diri dengan cuaca dan persekitaran di venue.
"Kita doakan mereka selamat dan menjaga keselamatan khususnya semasa dalam perjalanan supaya tiada pelanggaran satu pun protokol-protokol yang kita telah tetapkan seperti tidak bersentuhan.
"Sampai di sana, mereka perlu menjalani ujiian calitan dan pengasingan selama tiga hari. Kemudian mereka memasuki gelembung sukan dan perlu menjalani ujian air liur setiap hari, kita mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur," katanya.
Bagi temasya kali ini, Malaysia diwakili 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 jenis acara merangkumi 10 jenis sukan.
Mereka adalah Khairul Anuar Mohamad, Syaqiera Mashayikh (memanah), Lee Hup Wei, Azreen Nabila Alias (olahraga), Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), Lee Zii Jia, Soniia Cheah, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (kesemuanya badminton).
Selain itu, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (terjun), Gavin Green, Kelly Tan (golf), Farah Ann Abdul Hadi, Jeremiah Loo Phay Xing (gimnastik), Suryani Mohamed Taibi (menembak), Welson Sim dan Phee Jinq En (renang) turut mewakili negara di temasya berkenaan.
Kelompok kedua dan ketiga atlet dijangka berlepas ke Tokyo pada 17 dan 25 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Empat Atlet pelayaran negara (dari, kiri) Nur Shazrin Mohd Latif, Khairulnizam Mohd Afendy, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil bergambar sebelum berlepas ke Tokyo. - Foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.
Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.
Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.
Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.
Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
menyertai kejohanan dengan tekanan yang besar bukan satu urursan yang mudah apatah lagi bertanding di temasya terbesar dunia.
Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC
Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.
Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing
Kedua-dua pelayar itu akan mula dipisahkan tahun depan bagi menyertai acara berpasukan campuran.
Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak