KUALA LUMPUR: "Ia tiada faedah dan tidak sihat," itu reaksi penerjun wanita Nur Dhabitah Sabri mengenai komen-komen negatif yang dilemparkan secara dalam talian terhadap atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Penerjun berusia 22 tahun dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya itu berkata atlet negara turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.
Mengimbau kembali persiapannya menghadapi temasya sukan berprestij itu dalam ketidaktentuan pandemik COVID-19, beliau berkata banyak pengorbanan perlu dilakukan terutama apabila terpaksa 'dikurung' dalam gelembung sukan agar terhindar daripada wabak berbahaya.
"Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Reaksi Nur Dhabitah itu dizahirkan sehari selepas Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Datuk Lee Chong Wei melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kekalahan dalam perlawanan mereka di Tokyo.
Antaranya gandingan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo, semalam.
"Saya amat menghormati beliau (Chong Wei) kerana berdiri di belakang kami," tambah pemenang pingat perak dan dua gangsa Sukan Asia 2018, masing-masing dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama, 3m papan anjal individu dan 10m platform seirama.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur yang juga pemenang pingat emas Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu berharap rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air dapat menyokong kontinjen negara di saat suka dan duka, kerana itu bentuk sokongan yang diperlukan atlet.
BACA: Olimpik Tokyo: 'Tiada siapa masuk gelanggang untuk kalah' - Chong Wei 'terasa' dengan kecaman netizen
Sementara itu, Nur Dhabitah kini perlu lebih berwaspada terhadap serangan migrain selepas beliau diserang sakit kepala di Tokyo sehingga terpaksa berehat sehari daripada menjalani latihan baru-baru ini.
Beliau turut menafikan laporan sebuah stesen television swasta yang mendakwa beliau tidak menjalani latihan selama dua hari sambil menjelaskan bahawa beliau tidak menjalani latihan pada sesi yang sama bersama tiga lagi penerjun negara iaitu Leong Mun Yee, Pandelela Rinong dan Wendy Ng Yan Yee.
Nur Dhabitah turut tidak menolak kemungkinan serangan migrain itu berpunca daripada cuaca panas di Tokyo.
"Daripada hari pertama sehingga hari ini, latihan berjalan dengan baik, saya cuma saya tidak berlatih selama dua hari. Mereka (media) tidak mendapatkan fakta yang tepat. Saya berlatih pada sebelah pagi, waktu latihan saya berbeza daripada penerjun lain, sebab itu mereka kata saya tidak berlatih dua hari," jelasnya.
Nur Dhabitah akan memulakan cabaran di Sukan Olimpik Tokyo, yang bakal menjadi penampilan keduanya di pentas Olimpik, dalam acara 3m papan anjal individu wanita yang turut disertai seorang lagi penerjun negara Yan Yee di Pusat Akuatik Tokyo, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Nur Dhabitah berharap rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air dapat menyokong kontinjen negara di saat suka dan duka, kerana itu bentuk sokongan yang diperlukan atlet. - Gambar fail/BERNAMA
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
PHAM 2024 melabuhkan tirai, kini tiba masanya bertindak!
Sidang Kemuncak Kesihatan Planet Dan Mesyuarat Ke-6 (PHAM 2024) melabuhkan tirainya selepas empat hari dengan tambahan pra sidang diadakan di Universiti Sunway, Petaling Jaya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
10 Suspek ditahan bawah Sosma, 28 hari tanpa perbicaraan
Sepuluh individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel Shalom Avitan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) .
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan kononnya Ahli Parlimen pembangkang dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
Kanak-kanak 8 tahun cedera jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dipercayai menjadi mangsa buki anak-anak jiran di Hulu Langat, Kajang baru-baru ini.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.