awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: 'Tiada siapa masuk gelanggang untuk kalah' - Chong Wei 'terasa' dengan kecaman netizen

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/07/2021
14:28 MYT
Olimpik Tokyo: 'Tiada siapa masuk gelanggang untuk kalah' - Chong Wei 'terasa' dengan kecaman netizen
Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka tewas di gelanggang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka tewas di gelanggang.
Bekas jaguh badminton negara itu berkata, sebagai bekas rakan sepasukan, beliau turut 'terasa' dengan kecaman tersebut.
"Apa yang saya mahu katakan ialah saya kenal semua pemain ini. Mereka pergi ke gelanggang dengan satu sasaran, satu matlamat.
"Tiada atlet yang mahu kalah, tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan pasti ada satu (pihak) yang kalah, satu (pihak) yang menang," katanya dalam satu status di laman Instagramnya pada Ahad.
Beliau menegaskan semua rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan kepada pemain negara.
"Yang layan depan TV pun dah heart attack kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah sepatutnya kita memberi sokongan kepada mereka?
"Tiada siapa yang mahu ke gelanggang untuk kalah. Pemain ini turut membawa kegembiraan kepada anda sebelum ini. Don't mock and desert them when they lose a game," ujarnya.
Pada Ahad, perjuangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Olimpik Tokyo terhenti apabila mereka tewas perlawanan kedua peringkat kumpulan kepada beregu Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Herttrich.
View this post on Instagram
A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)
Topic Berkaitan
#badminton
#Chong Wei
#Lee Chong Wei
#Olimpik
#Tokyo
#Olimpik Tokyo
#kecaman netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan