awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas

Astro Arena
Astro Arena
27/07/2021
07:11 MYT
Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas
Syaqiera memulakan saingan pertama pusingan kalah mati di Lapangan Memanah Yumenoshima Park dengan panahan terbaiknya untuk memenangi set pembukaan 26-25. - Foto Stadium Astro
PEMANAH muda negara, Syaqiera Mashayikh, mempamerkan panahan cemerlang sebelum tewas 4-6 kepada peserta dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), Elena Osipova, dalam pusingan 32 acara recurve individu wanita Sukan Olimpik Tokyo hari ini.
Atlet berusia 21 tahun itu memulakan saingan pertama pusingan kalah mati di Lapangan Memanah Yumenoshima Park dengan panahan terbaiknya untuk memenangi set pembukaan 26-25 sebelum lawan dari Rusia berkenaan, yang memenangi pingat Perak dalam acara berpasukan wanita, kembali mengikat kedudukan 2-2 hasil kemenangan 28-26 dalam set kedua.
Dia sepututnya memanfaatkan panahan kurang kemas Osipova dalam dua set berikutnya tetapi hanya sekadar meraih satu mata dalam setiap set berkenaan selepas terikat 26-26 dan 25-25, masing-masing dalam set ketiga dan keempat.
Dalam set penentuan, Osipova melakukan dua panahan 10 mata untuk menyingkirkan Syaqiera dengan keputusan 29-23.
Topic Berkaitan
#Syaqiera Mashayikh
#Elena Osipova
#memanah
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Tokyo
#Russia
#recurve
#Sukan Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan