awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Kim Swee ada ramuan bentuk bahagian tengah ampuh

Astro Arena
Astro Arena
01/06/2016
10:09 MYT
Ong Kim Swee ada ramuan bentuk bahagian tengah ampuh
KIM SWEE: Saya mencuba beberapa kombinasi.
PENGENDALI kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, optimis mampu membariskan barisan tengah ampuh apabila anak buahnya berdepan Timor Leste dalam perlawanan play-off Piala Asia, malam esok.
Walaupun tanpa kelibat Safiq Rahim, Kim Swee tampak mencuba beberapa gandingan pemain ketika sesi latihan pasukan, semalam.
"Semua pemain yang berada dalam skuad kali ini memang boleh bermain pada bila-bila masa.
"Saya mencuba beberapa kombinasi.
"Saya akan tentukan pemain yang akan beraksi dalam kesebelasan utama pada hari esok," terang beliau.
Dalam tugasan terakhir skuad kebangsaan ketika berdepan Myanmar, Kim Swee mempertaruhkan gandingan Amirulhadi Zainal, Junior Eldstal, Baddrol Bakhtiar dan Mohamad Amirulhisyam Awang Kechik di bahagian tengah.
Mengenai keadaan semasa Safiq, selepas berbincang dengan pemain itu dan pegawai perubatan, pemain tengah itu dibenarkan menjalani rawatan bersama pasukan Johor Darul Ta'zim.
Situasi Safiq juga akan dipantau selepas play-off kedua nanti sebelum Harimau Malaysia berlepas ke Jelajah Ocenia.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#berita sukan
#Harimau Malaysia
#jurulatih skuad negara
#ola sepak
#Ong Kim Swee
#Piala Asia
#play-off
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan