OPENAI hari ini mengumumkan persetujuan dengan syarikat News Corporation (News Corp) untuk menggunakan kandungan berita yang dimiliki oleh syarikat tersebut.
Menerusi perjanjian ini, OpenAI boleh menggunakan kandungan daripada The Times, The Wall Street Journal, Barron’s, MarketWatch, Investor’s Business Daily, FN, New York Post, The Sunday Times, The Sun, The Australian, news.com.au, The Daily Telegraph, The Courier Mail, The Advertiser, dan Herald Sun.
Persetujuan antara kedua-dua syarikat itu dianggarkan bernilai AS$250 juta untuk tempoh lima tahun dalam bentuk wang dan kredit menggunakan teknologi OpenAI.
Hanya kandungan-kandungan berita daripada penerbitan di atas boleh digunakan, tetapi kandungan lain milik News Corp seperti penerbit buku HarperCollins Corporations tidak terkandung dalam perjanjian ini.
Menerusi perjanjian ini, OpenAI boleh menawarkan maklumat yang lebih dipercayai menerusi sumber berita yang sahih.
Pada masa sama, News Corp akan berkongsi kepakaran mereka kepada OpenAI untuk menghasilkan kandungan yang melepasi piawaian kewartawanan pada kesemua produk yang ditawarkan.
Walaupun persetujuan telah ditandatangani dengan New Corp milik jutawan Rupert Murdoch, OpenAI masih berhadapan saman oleh The New York Times kerana didakwa melatih model AI tanpa kebenaran pemilik harta intelek. -Amanz
Amanz
Thu May 23 2024
Persetujuan antara kedua-dua syarikat itu dianggarkan bernilai AS$250 juta untuk tempoh lima tahun dalam bentuk wang dan kredit menggunakan teknologi OpenAI. -Amanz
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina
Pemergian Siti Zalikhah yang merupakan balu Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah kehilangan besar kepada negara.
74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf
Kesemua pesakit dibawa dengan menggunakan bas khas yang telah diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil, untuk membawa pesakit kritikal ke Padang Arafah.
Aidiladha: Warga kota pilih bas pulang ke kampung kerana kos murah, dapat rehat
Warga kota memilih menggunakan bas untuk pulang ke kampung halaman kerana harga tambang yang lebih murah dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berehat berbanding memandu kenderaan sendiri.
Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.
Naikkan harga perkhidmatan, tiga syarikat pengangkutan di Melaka bakal didakwa
Notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diberi kepada ketiga-tiga syarikat berkenaan.
PM Jepun desak kerjasama global untuk keamanan Ukraine
PM Jepun, Fumio Kishida, desak pemimpin dunia capai keamanan berterusan di Ukraine, bimbang konflik merebak ke rantau lain, ketika mencari konsensus pelan damai Ukraine.
Penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa bukti kesungguhan negara - Kesuma
Steven Sim menyuarakan pelbagai perkara berkaitan sektor pekerjaan serta mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawatan dari negara ASEAN yang menyertai persidangan itu.
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini.
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
AWANI Ringkas: Abidin Ismail diumum calon Perikatan Nasional
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
OpenAI tidak dibayar Apple sebaliknya akan lakukan perkongsian pendapatan
Ramai yang tertanya-tanya apakah bayaran yang diterima oleh
Apple Intelligence guna dua model AI yang dibangunkan sendiri
Model-model ini dibangunkan sendiri dan bukan OpenAI seperti yang dibimbangi Elon Musk.
Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman
Tiada sebab diberikan mengapa saman ditarik dan pihak Elon Musk belum mengemukakan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI
Antara taktik yang digunakan bekas majikan ialah meminta mereka menandatangani dokumen tidak mendedahkan maklumat (NDA).
Pengguna percuma ChatGPT kini boleh akses GPT, muat naik fail
Walau bagaimanapun, buat masa ini, pengguna versi percuma tidak boleh menghasilkan GPT mereka tersendiri.
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
OpenAI, News Corp tangani persetujuan guna kandungan berita untuk latih AI
Persetujuan antara kedua-dua syarikat itu dianggarkan bernilai AS$250 juta untuk tempoh lima tahun dalam bentuk wang dan kredit menggunakan teknologi OpenAI.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.