KUALA LUMPUR: Pengangkutan awam masih menjadi pilihan ramai warga kota untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidiladha esok.
Tinjauan Bernama di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati warga kota memilih menggunakan bas untuk pulang ke kampung halaman kerana harga tambang yang lebih murah dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berehat berbanding memandu kenderaan sendiri.
Seorang pekerja swasta Sugianti Suwarno, 26, berkata dia bersama suami dan dua anaknya memilih menaiki bas ekspres untuk pulang beraya di rumah kakak iparnya di Larkin, Johor kerana ingin mengelakkan daripada terlelap seketika ketika memandu atau micro sleep.
"Saya akan pulang beraya sehingga Khamis ini. Saya pilih menaiki bas sebab lebih selamat kerana bawa anak kecil dan elak dari micro sleep sebab memandu ketika jalan sesak.
"Tiket bas juga kami baru beli di kiosk tadi, masih ada banyak lagi dan harga tiket masih kekal seperti dulu," katanya.
Sementara itu, seorang pekerja restoran makanan segera Nor Shakila Tomin, 31, berkata dia sudah beberapa tahun memilih menaiki bas kerana lebih selamat dan tiba tepat pada waktunya.
"Saya akan pulang beraya ke Parit Buntar, Perak. Perjalanan jauh, jadi saya lebih selesa menaiki bas kerana boleh berehat dan selamat," katanya.
Selain itu, seorang guru tadika Muhamad Azlan Adnan, 32, berkata dia dan adik perempuannya memilih menaiki bas ke Georgetown, Pulau Pinang kerana tidak mahu berasa penat memandu dalam keadaan kenderaan sesak.
"Saya dan adik pernah menempuh kesesakan lebuh raya pada musim perayaan selama tujuh jam, kami amat penat dan badan terasa sangat lenguh, jadi kami pilih menaiki bas berbanding memandu sendiri," katanya yang turut menambah harga tiket bas masih seperti biasa.
Sementara itu, pemerhatian Bernama di kiosk penjualan tiket dan paparan skrin di TBS mendapati tiket bas untuk pulang ke Pantai Timur pada sebelah pagi dan petang telah habis dijual, namun bagi sebelah malam tiket masih boleh dibeli tetapi terhad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Orang ramai beratur bagi membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha esok. -Bernama
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.