awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Osaka tidak dapat tahan sebak, menang pusingan pertama Terbuka AS

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2024
23:15 MYT
Osaka tidak dapat tahan sebak, menang pusingan pertama Terbuka AS
Kejayaan ke atas Ostapenko merupakan kemenangan pertama Osaka terhadap pemain 10 terbaik dunia dalam tempoh 4 tahun. - Foto AP
NEW YORK: Juara empat kali perseorangan wanita Grand Slam Naomi Osaka tidak dapat menahan sebak apabila berjaya menewaskan Jelena Ostapenko dalam pusingan pertama Terbuka AS pada Selasa.
Pemain warga Jepun itu pernah menjadi juara dua kali di Flushing Meadows, yang pertama pada tahun 2018 sebelum mengulangi kejayaan itu pada tahun 2020.
Osaka terpaksa berundur dari menyertai kejohanan ini tahun lepas selepas melahirkan anak perempuannya Shia.
Bekas pemain nombor satu dunia itu berdepan tugas sukar menentang pilihan ke-10 dari Latvia, Ostapenko, namun berjaya bangkit 6-3, 6-2 dalam masa 63 minit.
Sejurus menang, Osaka menutup mukanya dengan tuala sambil menangis kegembiraan dan rasa sebak itu jelas kelihatan ketika ditemu bual di gelanggang.
"Saya cuba untuk tidak menangis ketika berjalan keluar," kata pemain berusia 26 tahun itu.
"Saya masih ingat tahun lepas saya menonton Coco (Gauff) bermain dan saya sangat mahu melangkah kembali ke gelanggang ini.
Kejayaan ke atas Ostapenko merupakan kemenangan pertama Osaka terhadap pemain 10 terbaik dunia dalam tempoh 4 tahun.
Topic Berkaitan
#naomi osaka
#Terbuka AS
#Jelena Ostapenko
#pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan