Pasukan Pahang kembali menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah melakar kemenangan 7-4 ke atas wakil Myanmar, Yadanarbon FC pada saingan Kumpulan G di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah berada di tangga kedua kumpulan dengan mengutip tujuh mata selepas lima perlawanan.
Pada aksi malam ini, Pahang tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme yang melepaskan rembatan kencang setelah menerima hantaran Azamuddin Akil.
Matias Conti terus menceriakan pasukan tuan rumah dengan meledak gol kedua pada minit ke-18 menerusi rembatan kencang di dalam kotak penalti sebelum Nwakaeme menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-32 hasil gerakan solo.
Pasukan pelawat, bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain importnya, Djeje Maximin Djawa pada minit ke-45 dan keputusan 3-1 itu kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Bersambung separuh masa kedua, pemain gantian D. Saarvindran menghasilkan gol keempat Pahang pada minit ke-48 setelah melakukan larian solo dari sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Yadanarbon FC, Thiha Sithu.
Hlaing Bo Bo menjaringkan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-58 sebelum Nwakaeme melakar hatrik apabila menanduk masuk bola hasil hantaran rakan sepasukan, selang seminit kemudian.
Bo Bo menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-68 sebelum Pahang menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-85 dan Saarvindran, selang dua minit kemudian.
Win Naing Soe meledakkan gol keempat Yadanarbon FC pada masa kecederaan, namun gagal menghalang pasukan Pahang untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
Pada aksi di Stadium Mongkok, Hong Kong, pendahulu Kumpulan G, South China mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan setelah membenam wakil Filipina, Global FC 3-0.
Pasukan berkenaan yang sudah mengesahkan tiket lebih awal ke pusingan kedua, meraih gol pertama menerusi pemain gantian, Michael Cheng Lai Hin pada minit ke-40; Malisic Bojan (55') dan Daniel McBreen pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Pahang kini perlu mencatat keputusan seri menentang Global FC pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Philippine Sports, Manila pada 13 Mei ini, untuk mengiringi South China ke pusingan kedua kejohanan tersebut.
Bernama
Wed Apr 29 2015
Kemenangan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah berada di tangga kedua kumpulan dengan mengutip tujuh mata selepas lima perlawanan. - Gambar Fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.