awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandelela, Jun Hoong ke peringkat akhir 10m platform

Bernama
Bernama
19/07/2017
00:01 MYT
Pandelela, Jun Hoong ke peringkat akhir 10m platform
Jun Hoong mengumpul 325.50 mata untuk berada di kedudukan ketujuh manakala Pandelela (gambar) di tempat kelapan dengan 322.75 mata. - Gambar fail
Dua penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara terjun 10 meter (m) platform individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, pada Selasa.
Dalam saingan separuh akhir di Duna Arena yang melibatkan 18 peserta itu, Jun Hoong mengumpul 325.50 mata untuk berada di kedudukan ketujuh manakala Pandelela di tempat kelapan dengan 322.75 mata.
Saingan peringkat separuh akhir itu diungguli dua peserta dari China, Si Yajie dan Ren Qian selepas masing-masing mengumpul 382.80 dan 367.50 mata.
Sementara tempat ketiga ialah Kim Kuk Hyang dari Korea Utara dengan 360.85 mata.
Peringkat akhir acara 10m platform individu wanita itu akan berlangsung hari ini (Rabu) dan melibatkan seramai 12 peserta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#acara terjun
#Budapest
#Cheong Jun Hoong
#Hungary
#Kejohanan Akuatik Dunia
#Pandelela Rinong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan