RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, kini sedang dalam proses pemulihan berikutan kecederaan berulang yang dialaminya.
Menurutnya, dia hanya akan kembali membuat terjunan pada Januari depan, sebagai persediaan menghadapi saingan Siri Terjun Dunia FINA, yang akan diadakan di Beijing dan beberapa negara lain.
"Saya memerlukan rehat yang panjang bagi merawat kecederaan pada bahagian belakang dan bahu saya," katanya ketika ditemui di Kuching baru-baru ini.
Pandelela menjelaskan, kecederaan itu adalah kesakitan yang lama dan sentiasa berulang sekiranya dia menjalani latihan serius dan tidak mendapat rehat yang secukupnya.
"Justeru itu, selepas Sukan Olimpik, saya bertekad untuk berehat panjang termasuk tidak menyertai Terjunan Grand Prix Dunia FINA , biarpun dianjurkan di kampung halaman saya sendiri," katanya.
Dia menambah, dengan rehat yang panjang sehingga Januari depan, dia berharap kecederaannya akan pulih seperti sedia kala dan pada tahun hadapan, dia akan dapat beraksi dengan lebih baik dalam banyak kejohanan kompetitif.
"Ketika ini saya menjalani latihan ringan dan berbentuk pemulihan bagi mengekalkan kecergasan.
"Pada masa yang sama, saya memberikan tumpuan kepada kuliah dan pembelajaran di universiti," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.
Jelasnya, selepas ini, jadual latihannya akan kembali ketat berikutan beberapa pertandingan antarabangsa yang akan disertainya, termasuk sasaran emas pada kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur.
Mengulas kejohanan antarabangsa yang dianjurkan di Kuching, Pandelela beranggapan ia tindakan yang tepat kerana sukan terjun semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda tempatan di Bumi Kenyalang.
"Melihat aksi atlet-atlet antarabangsa dan ternama, pasti akan menyuntik semangat kepada atlet-atlet muda negeri ini untuk berlatih dengan lebih gigih pada masa depan, dan mencipta kejayaan cemerlang," tambah Pandelela.
Kejohanan tersebut kata Pandelela, mengimbau pengalaman dirinya ketika pertama kali beraksi dalam Kejohanan Terjun Peringkat Umur Asia di Jakarta pada tahun 2007.
"Ketika itu, saya tersangat gembira dan teruja, bukan sahaja kerana pertama kali bertanding di luar negara, malah kerana diperhati oleh ramai penduduk tempatan. Lebih ramai lebih mengujakan," ujarnya.
Astro Arena
Tue Nov 01 2016
Pandelela memerlukan rehat yang panjang bagi merawat kecederaan pada bahagian belakang dan bahu. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023.
Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA
Tze Liang mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.
Sukma MSN: Gabriel Gilbert harap penyertaannya beri inspirasi buat penerjun muda
Gandingan Gabriel Gilbert-Julfaddli muncul penerjun terbaik dengan menghimpunkan 317.37 mata untuk bergelar juara.
Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata.
Gabriel-Syafiq menang perak acara lelaki 3m papan anjal seirama
Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan untuk membawa pulang pingat perak.
Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik'
Pandelela memaklumkan, acara yang menjadi sasaran pingat emas bagi negeri Bumi Kenyalang itu tidak tersenarai atas sebab politik.
Sukan SEA: Nur Dhabitah tolak tepi impian sumbang emas pertama negara
Nur Dhabitah mengakui tidak memikirkan mengenai perkara itu kerana enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas dirinya.
Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris
"Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya."
Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran
Memasuki hari ke-11 berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiada atlet Malaysia yang bertanding bagi merebut pingat hari ini.
Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik - Pandelela
Pandelela Rinong merasakan sasarannya untuk meraih pingat emas Olimpik bukanlah satu sasaran yang realistik.