awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandelela terlepas aksi final Piala Dunia Terjun di Kanada

Bernama
Bernama
11/04/2025
05:15 MYT
Pandelela terlepas aksi final Piala Dunia Terjun di Kanada
Pandelela menamatkan saingan di tempat ke-20 dengan mengumpul 235.90 mata sekali gus terlepas slot 12 terbaik untuk melangkah ke final pada Ahad ini. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong gagal layak ke final acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia Terjun Akuatik 2025 di Windsor, Kanada, semalam.
Dalam pusingan awal yang berlangsung pada awal pagi itu, Pandelela menamatkan saingan di tempat ke-20 dengan mengumpul 235.90 mata sekali gus terlepas slot 12 terbaik untuk melangkah ke final pada Ahad ini.
Penerjun China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi mendominasi acara itu apabila merebut dua tempat teratas.
Quan, pemenang pingat emas acara 10m platform pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, meraih 404.15 mata untuk berada di tempat pertama.
Sementara itu, Chen yang bergandingan dengan Quan untuk merangkul pingat emas dalam acara 10m platform seirama di Paris 2024, di tempat kedua dengan 376.45 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pandelela Rinong
#Piala Dunia Terjun
#Kanada
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan