awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandelela terlepas slot final Piala Dunia di Mexico

Bernama
Bernama
04/04/2025
02:40 MYT
Pandelela terlepas slot final Piala Dunia di Mexico
Pandelela Rinong terlepas slot final 10m platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pusingan kelayakan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong terlepas slot final 10 meter (m) platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico semalam.
Pandelela yang membuat penampilan pertamanya selepas kali terakhir beraksi di pentas kompetitif Terbuka Malaysia pada November tahun lepas, mengumpul 267.85 mata untuk menduduki tempat ke-13, ketinggalan 7.30 mata di belakang penerjun Sepanyol Valeria Antolino di tempat ke-12 dengan 275.15 mata.
Hanya 12 penerjun layak ke peringkat akhir.
Penerjun China Quan Hongchan dan Chen Yuxi mendominasi dua kedudukan teratas dengan masing-masing mengumpul 390.40 dan 373.65 mata.
Sementara itu, penerjun lelaki negara Enrique Harold akan turun beraksi dalam pusingan kelayakan 10m platform lelaki individu pada Sabtu.
Piala Dunia Terjun 2025 seterusnya akan berlangsung di Windsor, Kanada pada 10 hingga 13 April dan diikuti Beijing, China pada 2 hingga 4 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pandelela Rinong
#Piala Dunia Terjun 2025
#pusingan kelayakan
#slot final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan