RATU terjun negara, Pandelela Rinong, mengesahkan dia tidak akan beraksi dalam mana-mana kejohanan sehingga hujung tahun ini kerana masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan bahu yang dialaminya ketika Sukan Olimpik Rio.
Keputusan yang telah dibuat Pandelela bermakna dia tidak akan beraksi bersama pasukan negara dalam dua saingan Kejohanan Terjun Grand Prix FINA, iaitu di Kuching pada 21 Oktober, dan Tokyo, pada 25 Oktober.
Tidak mahu mengambil risiko kecederaan berulang, Pandelela mahu pulih 100 peratus sebelum kembali beraksi.
Justeru, tempoh rehat tiga bulan akan lebih menjurus kepada program pemulihan dan meneruskan pengajiannya.
"Lebih baik saya terus kekal di sini dan berlatih serta menjalani sesi pemulihan sehingga Disember untuk memastikan kecederaan berada di tahap minimum.
"Sekarang pasukan menjalani latihan di China dan yang tinggal di Malaysia untuk berlatih ialah saya, Nur Dhabitah dan juga Leong Mun Yee," katanya
Berdasarkan ranking Persekutuan Akuatik Antarabangsa (FINA), Pandela berada di kedudukan keempat dunia bagi acara 10 meter platform.
Tidak menyertai sebarang kejohanan hingga hujung tahun ini, kedudukan itu boleh digugat oleh penerjun Kanada, Meaghan Benfeito, yang kini berada di ranking kelima.
"Saya berasakan apa yang penting ialah keseimbangan. Sudah tentu saya mahu meningkatkan lagi kekuatan fizikal saya dan saya percaya saya mampu untuk mengejarnya."
Astro Arena
Thu Oct 06 2016
Pandelela perlu diberi ruang dan masa yang cukup untuk proses pemulihan kecederaan bahu. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Terbuka Miami: Halep tarik diri kerana cedera
Pemain nombor tiga dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya dan tidak dapat berdepan Anastasija Sevastova.
Anwar Ibrahim dalam keadaan baik - Jeyaindran
Demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S Jeyaindran yang mengesahkan keadaan kesihatan Ketua Umum PKR itu yang dijangka dibebaskan dari tahanan penjara minggu depan.
Pandelela tidak akan beraksi sehingga hujung tahun
Tidak mahu mengambil risiko kecederaan berulang, Pandelela mahu pulih 100 peratus sebelum kembali beraksi.